Kebanyakan ejen insurans memandang pemasaran media sosial seperti sesuatu diet. Mereka sedar ianya perlu. Sekurang-kurangnya setahun sekali mereka akan berasa semangat untuk mencuba. Tapi apabila hasilnya tidak memuaskan atau apabila tidak nampak sebarang kemajuan, mereka dengan mudah sekali menyerah kalah.

Tidak sama seperti berdiet, hasil kejayaan pemasaran media sosial sebenarnya bukan mudah untuk ditakrifkan. Jika anda ingin mengekalkan strategi jangka masa yang panjang, anda perlu terlebih dahulu menjangkakan secara realistik bilakah kejayaan boleh dikecapi.

Ramai ejen insurans yang mengatakan bahawa mereka telah usaha melakukan pemasaran media sosial, tetapi kebanyakan usaha ini tidak memberikan sebarang pulangan. Jika pertimbangkan skop penuh terhadap usaha kejayaan tersebut, anda mungkin tidak akan nampak sebarang manfaat daripada strategi anda.

Apabila membuat penilaian terhadap strategi media sosial, kenalpasti pulangan dengan merenung 4 perkara berikut.

 

4 cara ejen takaful boleh gunakan pemasaran media sosial secara berkesan

1. Bina perhubungan

Pada suatu masa dahulu, ejen berhubung bersama pelangan melalui interaksi di dalam komuniti seperti ketika berselisihan di pasar raya atau di surau. Ia adalah salah satu cara ejen takaful menjalinkan perhubungan yang amanah dan ia juga membina reputasi seseorang ejen di dalam komuniti tersebut. Tetapi kini, interaksi sosial berlaku di talian— terutama sekali di dalam rangkaian sosial.

Interaksi dan reputasi online sangat penting bagi menjamin kejayaan anda. Kebanyakan pelangan mengatakan bahawa mereka mengambil kira ulasan di talian apabila mempertimbangkan sebarang perkhidmatan profesional. Jika ia dipaparkan di laman web, reputasi yang telah anda pupuk selama ini akan kekal dan tidak akan berubah. Tanpa pertimbangan dan pemerhatian yang serius terhadap apa yang dipaparkan di laman sosial media, bukan saja ia tidak memberikan sebarang manfaat malah ianya mungkin menjejaskan reputasi perniagaan anda.

 

2. Pengukuhan jenama

Apabila membina profil sosial anda, kenalpasti nilai-nilai yang ingin anda tonjolkan, kemudian pilih penanda-penanda jenama (logo, warna, motto dan gambar profil yang berkualiti) yang boleh mengetengahkan nilai-nilai tersebut secara efektif.

Apabila anda bina sebuah website, profil atau apa jua aset media sosial, pastikan pembentangan anda selaras. Ini penting terutama bagi pelangan muda. Kajian menunjukkan bahawa 60% millennials mengatakan mereka inginkan pengalaman jenama yang selaras, yang meliputi segala usaha online hinggalah komunikasi offline. (Sumber: Jigawatts)

Artikel Berkaitan: Statistik Penjualan Yang Perlu Diketahui Setiap Wakil Takaful

Antara bahagian yang paling penting di dalam laman web anda ialah “About Me/About Us”. Kajian menunjukkan bahawa ia adalah page yang paling kerap dikunjungi selepas Home page atau laman utama anda. Ini tidak terhad kepada laman web sahaja. Ia juga sama untuk laman media sosial yang lain seperti , Facebook, Twitter, Instagram, profil iBanding, dan apa jua laman media sosial yang anda miliki.

Bahagian ini bukan sahaja memaparkan ahli-ahli perniagaan anda dan kelayakan mereka, tetapi ia mesti menggambarkan matlamat utama yang ingin dicapai oleh perniagaan anda. Matlamat ini boleh juga jadi pernyataan perkhidmatan unik atau faktor perbezaan yang akan membezakan anda daripada ejen lain.

Untuk mengekalkan perhubungan dan interaksi bersama prospek dan pelangan di talian bukanlah sesuatu usaha yang mudah, jadi ejen boleh menggunakan aplikasi sedia ada yang boleh memudahkan pengurusan media sosial secara automatik. Contoh aplikasi adalah seperti sistem pengurusan pelanggan iBanding yang dapat memudahkan pengurusan serta perhubungan pelanggan. Selain itu, alat seperti Hootsuite, Buffer dan juga Tailwind boleh membantu untuk menguruskan media sosial seperti, Facebook, Twitter, dan Instagram.

 

3. Kandungan yang mantap

Media sosial sering digunakan sebagai papan buletin di mana artikel blog atau berita terkini dikongsikan. Walaupun pengunjung Facebook mencecah dua bilion setiap bulan, akan tetapi kandungannya hanya mencapai 6% daripada jumlah pengikut sesebuah halaman perniagaannya  (Facebook business page). Jelas sekali anda perlu miliki strategi yang boleh membantu capai jumlah pembaca yang lebih besar. Untuk mencapai matlamat ini, perlu sedari bahawa bukan semua kandungan adalah bersesuaian di Facebook.

Jika anda mengambil kursus komunikasi, salah satu konsep yang selalu dibincangkan adalah tiga jenis media, dimilik (owned), diperolehi (earned), dan dibayar (paid). Secara tradisinya, media dimiliki bermaksud kandungan yang diterbitkan jenama anda; diperolehi bermaksud perbincangan terhadap jenama daripada sumber lain dan media dibayar pula bermaksud pengiklanan. Media sosial merangkumi ketiga-tiga jenis media ini.

Bila anda menerbitkan sesuatu pos di media sosial, ia menjadi media dimiliki. Tetapi apabila ia dijumpai, dicerna dan dikongsi oleh pembaca, ia akan menjadi sejenis media diperolehi;  sejurus mempertingkatkan pencapaian prestasinya dan mengukuhkan kesannya.

 

4. Penjanaan lead baru

Pemasaran media sosial adalah cara yang paling kos efektif untuk menjanakan lead. Banyak perniagaan mengatakan pemasaran melalui media sosial telah mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan perniagaan mereka.

Jadi apa rahsia sebenar untuk menjana lead baru ke dalam corong jualan melalui saluran media sosial? Ia adalah gabungan tiga metriks di atas. Melalui perhubungan yang dijalin dengan pelanggan, anda dapat menggalakkan referral atau rujukan dan menarik prospek baru melalui follower anda.

Dengan menguatkan jenama, anda akan menarik pelangan yang sesuai dengan menekankan titik keperluan dan menunjukkan kepakaran terhadap subjek di mana mereka perlukan bimbingan. Kemudian dengan memantapkan kandungan, anda menyediakan nilai kepada audience yang sejurusnya akan menetapkan jenama anda di dalam fikiran mereka apabila mereka memerlukan perkhidmatan anda.

 

Pemasaran media sosial memerlukan usaha. Satu cara untuk ejensi atau perniagaan anda kekal lama, ialah dengan memberi tumpuan terhadap pencapaian yang anda terima daripada strategi yang terperinci. Jika tidak, anda mungkin akan menyerah kalah dengan pemasaran media sosial dengan lebih pantas daripada resolusi diet tahun baru anda.

 

Spread the love