Anda sudah pun melihat kejayaan usahawan lain dalam memasarkan produk dan servis mereka melalui Facebook. Dan anda sebagai ejen takaful yang ingin meluaskan lagi rangkaian perniagaan anda juga boleh memanfaatkan akaun Facebook anda untuk tujuan ini. Kenapa tidak? Ia sememangnya alat yang sangat berguna bagi menambahkan potensi perniagaan anda tanpa perlu banyak mengeluarkan tenaga fisikal.
Jika anda belum pernah mencuba, anda mungkin berfikir bahawa dengan beberapa posting di laman Facebook anda tentang iklan produk baru oleh syarikat takaful anda sudah memadai untuk menarik perhatian prospek dan menjana lead baru. Sesiapa yang pernah mencuba mungkin sedar bahawa ianya bukanlah semudah itu.
Jika anda belum mencuba, atau pernah mencuba tetapi tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.
4 tips pemasaran Facebook perlu dicuba ejen takaful
1. Sediakan laman Facebook yang profesional
Hati-hati bila posting gambar, terutama sekali gambar profil. Sering kali kita melihat gambar profil ejen yang pudar, atau terlalu kecil sehingga tidak nampakkan wajah atau terlalu ‘semak’. Tetapi bukan sekadar gambar profil yang perlu dijaga, segala posting perlu juga diberikan perhatian.
Terdapat terlalu banyak posting di dalam newsfeed setiap pengguna FB, tiada masa untuk mereka membaca semuanya. Jadi mereka cuma memandang sepintas lalu dan menapis. Mereka hanya akan klik posting yang menarik perhatian mereka. Gambar adalah penarik pertama dan utama. Jadi pastikan segala gambar posting anda cun!
Gunakan smartphone yang miliki kamera yang bermutu. Belajar sedikit tip fotografi melalui YouTube dengan percuma. Jika anda inginkan logo untuk lambangkan branding atau jenama anda, gunakan perkhidmatan Fiverr di mana anda boleh menempah logo serendah USD 5. Atau gunakan perkhidmatan foto edit seperti PicMonkey dengan percuma dan reka grafik yang boleh menambahkan seri laman Facebook anda.
Jangan ketinggalan ‘cover photo’ dan ‘about page’ anda. Mereka perlu memberi keterangan yang jelas tentang siapa anda dan perkhidmatan yang disediakan.
2. Tiada jualan
Pengguna sudah muak dengan iklan-iklan yang ditunjukkan di merata tempat. Dengar radio keluar iklan. Semasa memandu, penuh papan iklan di sepanjang jalanraya. Semasa sedang seronok tonton perlawanan bola sepak di hujung minggu juga tak habis-habis ditayangkan iklan. Jadi apabila pengguna melayari FB mereka, iklan bukanlah sesuatu yang mereka ingin lihat.
Jadi usahlah repeat lagi iklan yang sudahpun diterbitkan syarikat takaful anda. Rakan anda di FB berminat dengan apa yang dilakukan anda bukan apa yang dijual. Jadi update status dengan sesuatu yang menarik dan menjemput engagement (like, share atau komen).
Apabila sudah close sesuatu sale, tidak perlu pos gambar polisi atau kad medikal (ramai yang lakukan ini). Sebaliknya cerita (dengan ringkas) bagaimana gemuruhnya anda semasa berjumpa prospek anda, atau berapa kali anda sesat jalan. Kisah yang lebih ‘rendah diri’ ini lebih menarik berbanding kisah kejayaan anda close sale setiap hari. Tetapi pada masa yang sama masih berkaitan walaupun secara tidak langsung dengan perniagaan anda.
3. Ambil kesempatan isu hangat dan berita sensasi
Sudah terdapat banyak sumber yang berkongsi infomasi tentang insurans dan takaful. Contohnya iBanding :D. Jika mereka inginkan infomasi, tahulah mereka di mana perlu mereka dapatkannya. Tugas anda pula untuk mengetahui apakah maklumat yang followers anda perlukan. Tak mudah sebab keperluan masing-masing berlainan. Tapi yang pasti, anda tidak akan lakukan kesilapan dengan berkongsi isu-isu yang sedang hangat diperkatakan.
Jadi pastikan sentiasa mengikut trend dan perkembangan semasa. Jika ada kes yang melibatkan insurans atau takaful jangan lepas untuk membincangkan atau memberi pendapat anda. Ini dapat membuktikan kepada followers (baca: prospek) anda bahawa anda seorang yang berilmu di dalam bidang ini.
Tapi jangan semua posting anda hanya tentang insurans dan takaful. Cuba variasikan posting anda. Guna kreativiti untuk kaitkan isu lain kepada isu takaful secara halus. Jangan lupa untuk tanyakan soalan dan dapatkan pendapat followers anda untuk tingkatkan engagement terhadap posting anda. Soalan seperti “apa kata rakan-rakan lain” dapat galakkan pembaca untuk tinggalkan komen.
Cuba lakukan posting sekerap yang mungkin. Tuliskan artikel yang komprehensif sekurang-kurangnya sekali atau lebih baik 2-3 kali seminggu. Jika anda hanya update sekali dalam 2-3 minggu, Facebook algorithm akan mula melupakan anda, dan kebarangkalian posting anda untuk muncul di newsfeed followers anda akan berkurangan.
4. Kuiz dan giveaways
Akhir sekali, cuba lakukan giveaway dan kuiz sekali sekala. Tanyakan soalan yang mudah dan menarik di mana anda tahu followers dan pembaca anda akan jawab dengan senang. Berikan teka-teki, post kan gambar bangunan dan tanya “di mana saya sekarang”, contohnya. Atau tanya soalan yang lebih mencabar seperti: “mengapa ramai yang tak percayakan ejen insurans?”
Giveaways satu cara yang boleh menambah followers dengan mudah dan cepat. Contohnya, setiap orang yang ketiga yang meminta khidmat konsultansi anda akan menerima pemeriksaan kesihatan percuma daripada anda (cuba laman seperti Pathlab.com.my yang sering menawarkan promosi bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan). Atau adakan “Bulan Dapatkan Pencucian Kereta Percuma” bagi sesiapa sahaja yang memperbaharui insurans/ takaful kereta mereka dengan anda. Banyak cara, cuma perlu sedikit kreativiti!
Ok mudah kan? Kita cuba perlahan-lahan dengan konsisten. Dah fahamkan 4 tips ini, kita baca pula kesilapan-kesilapan Facebook yang sering dilakukan ejen takaful. Sudah baca jangan lupa share pula bersama rakan ejen lain ya!
http://agent.ibanding.my/6-kesilapan-di-facebook-ejen-takaful-perlu-elakkan/
Leave a Comment