Anda menghadapi kesukaran untuk close sales kebelakangan ini? Ya lah, ekonomi sekarang ini kurang memberangsangkan, rata-rata sales mula menurut. Jadi kita cuba beberapa cara yang mungkin dapat bantu tingkatkan sales takaful anda. Mungkin ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi elok sebagai peringatan.
5 idea efektif untuk tingkatkan sales takaful anda:
1. Pasangkan telinga dan dengar
Jangan terlalu fokus terhadap jualan. Sebaliknya tumpukan perhatian anda kepada prospek anda, keperluan dan matlamat mereka. Zaman sekarang, untuk memudahkan proses dan menjimatkan masa, ramai ejen yang gemar buat sales pitch yang sama bagi pelan yang sama untuk semua prospek.
Pastikan anda tumpukan perhatian anda terhadap maklumat penting yang prospek kongsikan dengan anda. Kerana ini mungkin kunci kepada anda untuk mengesyorkan pelan yang paling sesuai untuk mereka. Contohnya bagi seorang bapa yang mengeluh tentang perbelanjaan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, pelan pendidikan berkaitan pelaburan mungkin sesuatu yang akan bermanfaat baginya.
Yang pentingnya di sini ialah untuk memastikan matlamat anda ialah untuk mendengar keluhan mereka untuk memahami cara yang paling efektif untuk membantu mereka.
2. Pastikan mereka yang membuat keputusan hadir bersama
Jangan sia-siakan peluang perjumpaan dengan prospek. Pastikan mereka yang akan membuat keputusan atau decision-maker hadir bersama. Jadi alasan seperti “biar saya tanya suami/ isteri saya dulu” tidak berlaku. Jika prospek anda telah berkahwin, ajak sekali mereka hadir bersama.
Ini bukan sahaja dapat mengelakkan berlakunya penangguhan keputusan, tetapi juga dapat mempercepatkan proses penjualan kerana anda boleh terangkan pelan polisi kepada dua-dua decision-maker sekaligus. Jika kedua-dua mereka tidak berminat untuk membeli, sekurang-kurangnya keputusannya telah pun jelas. Tidak perlu lagi anda membuat follow-up sia-sia.

Jika prospek telah berkahwin, pastikan kedua-dua pasangan hadir ketika perjumpaan.
3. Minta prospek membawa bersama salinan IC mereka
Mudahkan proses bagi prospek untuk berdaftar. Salah satu caranya, pastikan salinan IC sudahpun disediakan. Jika mereka berminat, mereka boleh terus mendaftarkan diri dan mereka tiada banyak masa dan peluang untuk mengubah fikiran.
Dengan kemudahan kamera pada setiap smart phone, ramai ejen yang akan mengambil gambar IC prospek mereka. Tetapi bukan semua orang yang selesa dengan cara ini. Dengan mencadangkanya kepada prospek, mereka mungkin terasa seakan didesak. Jadi elakkan ini!
4. Bantu mereka agar dapat memiliki pelan yang mereka ingini
Ramai antara kita yang pernah berdepan dengan prospek yang bertul-betul ingin memiliki sesuatu pelan tetapi tidak berkemampuan. Jangan berhenti di situ. Cari jalan lain. Keluarkan rider jika ada untuk kurang premium pelan tersebut, rendahkan jumlah perlindungan jika boleh. Sekurang-kurangnya prospek dapat memiliki pelan walaupun yang asas. Ia masih dapat membantu keadaan mereka.
Pastikan mereka tahu bahawa mereka boleh menambah rider atau jumlah perlindungan apabila kedudukan kewangan mereka lebih baik. Dan ejen juga perlu rajin follow-up dengan pelanggan seperti ini. Manalah tahu, mungkin mereka baru sahaja dinaikkan pangkat dan lebih mampu untuk memiliki pelan yang lebih komprehensif.

Pastikan anda fleksibel dalam memenuhi keperluan prospek. Jadikan pelan mampu dimiliki.
5. Berikan tekanan masa
Nak tingkatkan sales perniagaan takaful? Cuba teknik ni, ia salah satu cara tertua dalam penjualan yang sangat berkesan. Tiada yang suka berasa seakan mereka ketinggalan dalam merebut sesuatu peluang keemasan yang jarang-jarang ditawarkan. Faktor ini yang menjadikan teknik ini amat efektif. Berikan mereka alasan agar mereka mendaftarkan diri SEKARANG JUGA. Ia mungkin atas sebab sesuatu yang simple seperti hadiah percuma yang diberi untuk masa yang terhad.
Cara ini paling berkesan jika prospek memang sudah ambil keputusan untuk membeli pelan takaful. Tekanan masa yang dirasakan akan membuatkan mereka bertindak segera.

Teknik tekanan masa amat berkesan terutama terhadap mereka yang mereka yang memang ingin membeli sesuatu pelan.
Ingin mengembangkan lagi perniagaan Takaful anda? Cuba direktori ejen iBanding, direktori ejen insurans dan Takaful pertama di Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan prospek dan ejen yang berdedikasi. Sistem nilai 5 bintang memberikan ejen peluang untuk menonjolkan diri daripada yang lain, serta memberikan keyakinan kepada prospek yang mencari ejen.
Inginkan lebih artikel seperti ini, jangan lupa Like kami di Facebook page kami di sini!
Leave a Comment