Semua ejensi manager inginkan sebuah ejensi yang bukan hanya mempunyai ahli yang bermotivasi tinggi tetapi juga sebuah ejensi yang sentiasa berkembang. Tetapi realitinya, ahli-ahli ejensi sentiasa bertukar ganti. Ianya adalah salah satu masalah utama bagi kebanyakan ejensi. Jika anda juga menghadapi masalah ini, teruskan membaca. Mungkin idea-idea berikut dapat memberi inspirasi dalam menarik lebih ramai rekruit:
5 idea untuk menarik lebih ramai rekruit bagi ejensi Takaful anda:
1. Ketatkan kriteria dalam pemilihan calon rekruit
Walapun tiada pra-syarat bagi taraf pendidikan atau pengalaman bagi seseorang untuk menyertai industri ini sebagai ejen, akan tetapi anda perlu tahu latar belakang calon untuk mengenali serba sedikit tentang sikap dan etika kerjanya. Calon yang banyak bertukar-tukar pekerjaan bukanlah calon yang sesuai untuk ejensi anda. Gunakan platform seperti LinkedIn dan Jobstreet untuk membantu anda mengesahkan latar belakang pekerjaan calon anda.
Implimentasikan sesuatu kriteria minima kelayakan calon bagi ejensi anda. Ini bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan calon yang lebih dedikasi tetapi ia dapat menyampaikan mesej kepada mereka dan ejen sedia ada bahawa ejensi anda adalah serius dalam membina team yang dinamik dan efisien. Ia akan membezakan ejensi anda daripada yang lain di mana calon akan sedar bahawa mereka bakal menghadapi pengalaman mencabar yang akan mendatangkan ganjaran menguntungkan. Ini akan membuatkan mereka lebih bersedia dengan dugaan yang akan datang.
2. Rekruit prospek yang berpotensi
Bagi ejen Takaful dan insurans, memang sudah biasa mendengar prospek memberi alasan “bajet tak cukup untuk beli polisi Takaful”. Tetapi anggaplah ini sebagai satu peluang untuk menambahkan rekruit ke dalam team anda. Anda sudah pun tahu bahawa mereka menghadapi kesukaran kewangan. Tawarkan mereka satu jalan penyelesaian. Tanyakan kepada mereka jika mereka berminat untuk menambah sumber pendapatan mereka dengan menyertai team anda.
Jika alasan mereka benar-benar ikhlas dan bukan semata-mata untuk elakkan diri dari membeli polisi Takaful, mereka mungkin akan memikir dua kali tentang tawaran anda. Tetapi ramai juga yang akan ragu-ragu. Jadi pastikan anda yakinkan mereka dengan menerangkan proses yang akan dilalui mereka. Segala latihan yang mereka akan duduki, dan sokongan anda dan team anda yang akan diberikan. Kurangkan tekanan komitmen mereka dengan mencadangkan bekerja sebagai part-time dahulu untuk dapatkan sedikit pengalaman.
3. Pastikan anda penuhi keperluan ejen-ejen anda
Jika anda ingin rekruit baru yang berkualiti, anda perlu terdahulu pastikan ejen sedia ada anda dijaga dengan baik. Jadi mentor yang bertanggungjawab terhadap team anda dan berikan segala latihan dan sokongan yang mereka perlukan. Ejen-ejen anda perlu tahu bahawa mereka boleh sentiasa bergantung kepada anda dan bersikap jujur dan terbuka dengan anda.
Calon atau rekruit baru boleh mengenal pasti ejensi yang tidak menjaga ejen mereka dengan baik. Ejen yang kurang motivasi, kelihatan tidak gembira atau kurang senang dengan cara pengurusan ejensi akan membuatkan calon bertukar fikiran mereka.
4. Tawarkan insentif kepada ejen anda bagi setiap rekruit baru
Sebenarnya banyak manfaat yang anda boleh dapat daripada memiliki sebuah team yang berdedikasi tinggi. Dari segi rekruitmen, anda mungkin perasan bahawa individu-individu berpesonaliti dinamik ini akan menarik dan bergaul dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri dinamik yang sama. Gunakan kelebihan ini dan tawarkan insentif kepada mereka bagi setiap rekruit baru yang berjaya dibawa ke ejensi anda.
Strategi ini akan lebih berkesan jika anda jadikan ia salah satu daripada sesi latihan ejensi anda. Tanamkan dalam minda setiap ahli team anda untuk sentiasa mencari rekruit yang berpotensi bagi ejensi anda. Dan latih mereka tentang cara-cara yang berkesan untuk mendapatkan rekruit.
5. Adakan party rekruit
Mungkin ramai yang sudah bosan dengan sesi perjumpaan dengan calon rekruit. Atau ianya tidak lagi berkesan. Ubah strategi anda dan adakan perjumpaan yang lain dari yang lain. Kumpulkan semua calon dan adakan satu party untuk mereka. Buatkan ianya suatu sesi yang menarik. Jamuan disediakan dan berikan mereka peluang untuk berinteraksi dengan team anda.
Ambil peluang ini untuk tawarkan sesuatu yang bernilai yang releven dengan minat mereka. Selain dari cakap-cakap tentang insurans dan Takaful, berikan sesi latihan seperti pengurusan kewangan peribadi, latihan motivasi diri atau latihan people skill yang ringkas tetapi padu. Mereka akan sedar bahawa ejensi anda betul-betul serius tentang membina diri mereka sebagai individu yang profesional dan ini akan memberi mereka keyakinan terhadap ejensi anda juga keperibadian mereka. Selamat berjaya!
Leave a Comment