1. Kesediaan turun ke gelanggang

Untuk memimpin, anda perlu terlebih dahulu menjadi contoh yang baik kepada ejen-ejen di ejensi anda. Untuk mendapat respect para ejen, bukan sekadar mengarah orang lain untuk lakukan sesuatu, sebaliknya tunjukkan jalannya.

Jika anda melatih rekruit baru untuk melakukan direct approach, ianya tidak boleh dilakukan dengan tunjuk ajar di dalam kuliah sahaja. Sebaliknya sama-sama turun ke padang dan tunjukkan caranya. Ini bukan sahaja dapat memberi gambaran terus kepada ejen-ejen baru, tetapi melihat leader melakukan direct approach dapat memberi semangat dan keberanian kepada mereka.

Ini juga memberi peluang yang baik bagi anda untuk memerhatikan prestasi mereka dan seterusnya membolehkan anda memberi komen kepada mereka.

 

Ejensi Leader

Tunjukkan kepimpinan anda melalui teladan.

 

2. Amalkan sikap dan komunikasi terbuka

Anda perlu memberikan keyakinan kepada ejen-ejen anda bahawa mereka selamat untuk bersuara dan mengemukakan apa sahaja isu yang dihadapi. Adakan waktu tetap di mana ejen dapat berkumpul untuk membincangkan masalah dan cabaran yang dilalui. Sama ada setiap minggu atau mengikut waktu bersesuaian.

Kemudian jadualkan juga sesi perseorangan di mana ejen akan rasa lebih selesa untuk membincangkan isu peribadi yang mengganggu mereka atau prestasi mereka. Pastikan ejen anda tahu bahawa pintu anda sentiasa terbuka untuk mereka dan segala yang dibincangkan akan diberi perhatian serta privasi.

Komukasi dan sikap terbuka juga bererti tiada yang anda rahsiakan daripada ejen-ejen anda, selagi ianya berkenaan ejensi dan industri. Sentiasa berikan perkembangan terbaharu walaupun ianya mungkin berita yang kurang menyenangkan.

Biarlah anda menjadi menyampai berita tersebut dan pastikan penyampaian yang jelas. Elakkan situasi di mana mereka mendengar berita dalam bentuk khabar angin yang dapat memburukkan keadaan dan timbul perasaan sangsi.

 

3. Jangan berhenti daripada mempelajari perkara baru

Ilmu yang lengkap terutama dalam bidang yang diceburi amat penting bagi seorang leader. Sama ada produk yang baru dilancarkan, teknik penjualan yang dipraktikkan, atau apa-apa sahaja ilmu atau skill yang diperlukan. Sebelum anda boleh melatih ejensi anda, anda perlu dahulu mahir tentangnya.

Anda mungkin sudah jarang melakukan prospecting, cold-calling atau direct approach. Tidak bererti anda tidak lagi perlu update diri dengan teknik-teknik baru. Jadi sentiasalah hadiri kursus untuk pastikan cara anda tidak ketinggalan.

Selain itu, amalkan sikap suka membaca. Semua leaders terkemuka dunia mempunyai tabiat ini. Bill Gates membaca lebih 50 buku setiap tahun, manakala Warren Buffet pula membaca 600-1000 muka surat setiap hari!

 

Ejensi Leader

Warren Buffet membaca 600-1000 muka surat setiap hari!

 

4. Ejensi leader perlu kreatif

Setiap orang boleh menjadi leader yang berjaya dengan meniru cara leaders yang terdahulu yang telahpun berjaya. Tetapi untuk membezakan diri anda daripada yang lain, perlulah ada kreativiti sendiri.

Kreativiti boleh ditunjukkan di mana sahaja. Sama ada kaedah unik anda melakukan cold-call dan direct approach yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain, cara anda memotivasikan team anda, mahupun cara anda menyelesaikan salah faham di antara ahli-ahli di ejensi anda. Jadi, be creative!

 

5. Sentiasa ikut perkembangan teknologi

Perubahan yang dibawa arus perkembangan teknologi tidak dapat dielakkan. Cara lama yang sudah lapuk akibat perubahan masa dan teknologi perlu ditinggalkan, walaupun sudah selesa kita dengannya. Untuk kepentingan ejensi dan mereka yang memerlukan kepimpinan anda, anda perlu memimpin ejensi anda ke mana sahaja arah yang dibawa oleh arus ini.

Sudahkah anda mahir dengan Facebook business page yang boleh digunakan untuk menyebarkan awareness mengenai ejensi anda? Penggunaan Youtube untuk memberi pendidikan tentang insurans dan Takaful juga sangat berkesan. Adakah anda bersedia untuk mencuba kaedah ini?

Kini dengan syarikat insurtech yang semakin berkembang di industri ini memberi tekanan kepada ejen insurans dan Takaful. Adakah anda tahu akibatnya kepada masa hadapan anda, ejensi anda dan seterusnya industri ini sendiri? Apakah perubahan yang perlu diambil agar tidak ditelan arus insurtech?

 

Sudahkah anda berdaftar di direktori ejen Takaful dan insurans online di iBanding? Pendaftaran percuma. Cuba Customer Management System (sistem pengurusan pelanggan) dan aplikasi iBantu khas buat ejen dan pelanggan yang disediakan. Untuk mencuba, klik di sini.

 

 

Spread the love