Menurut sebuah kajian dan model komunikasi oleh Albert Mehrabian pada tahun 1970an, 93% daripada komunikasi berlaku secara non-verbal, iaitu bukan melalui pertuturan. Sebaliknya ianya berlaku melalui bahasa tubuh (body language) dan nada suara.
Sebagai seorang ejen Takaful sudah pasti anda pun menyedari bahawa body language memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan (atau sebaliknya) sesuatu sales pitch. Jadi jika anda masih mengalami kesulitan dalam closing sale, mungkin beberapa tip body language ini dapat membantu.
Tip bahasa tubuh yang perlu anda mahiri:
1. Kekalkan pandangan mata
Seseorang yang mengelak pandangan mata ketika berkomunikasi lazimnya akan dirasakan seperti seorang yang tidak konfiden, tidak jujur, sedang menyembunyikan sesuatu atau tidak berminat. Walaupun pandangan mata adalah penting ketika berkomunikasi tapi perlu berhati-hati juga agar ianya tidak pula keterlaluan sehingga dianggap terlalu agresif.
Kekalkan pandangan yang lembut. Elakkan merenung mata prospek terlalu lama. Masa yang disyorkan ialah 7-10 saat. Setelah itu alihkan pandangan mata. Jangan pandang ke bawah kerana ini akan menunjukkan anda cemas atau ragu-ragu. Sebaliknya pandang ke atas sisi seolah-olah anda teringat atau memikirkan sesuatu.
Lakukan: Pandangan mata yang lebut, alih setiap 7-10 saat.
Jangan lakukan: Renungan terlalu lama atau renungan agresif.

Jangan renung terlalu lama, suspen pula prospek nanti!
2. Hati-hati dengan tangan anda
Tangan adalah alat yang boleh digunakan untuk memberi penekanan bagi perkara-perkara penting. Ianya boleh memberi lebih makna kepada mesej yang hendak disampaikan sambil menunjukkan sifat terbuka anda. Ini membuatkan prospek lebih memahami apa yang diterangkan sekaligus merasa lebih relaks.
Di sebaliknya, seseorang yang kaku tanpa animasi tangan membosankan dan membuatkan prospek rasa tidak selesa kerana keadaan yang seolah terlalu formal. Jangan bermain-main dengan cincin, jam, rambut dan sebagainya. Tapi jangan pula terlalu banyak animasi tangan yang mengganggu!
Lakukan: Gerakkan tangan untuk memberi penekanan terhadap perkara penting.
Jangan lakukan: Terlalu kaku atau terlalu banyak pergerakan yang mengganggu perhatian.
3. Jaga ekspresi wajah anda
Ekspresi wajah boleh membongkarkan seribu satu rahsia! Jadi pastikan anda sentiasa jaga ekspresi wajah anda. Tunjukkan wajah yang friendly, lembut dan bertimbang-rasa. Anda boleh berlatih dengan berbual bersama pelanggan anda di telefon di hadapan cermin. Perhatikan wajah anda. Adakah anda tanpa disedari kerap monyokkan muka, kerutkan dahi atau menunjukkan wajah yang bosan?
Lakukan latihan ini beberapa kali untuk mengenal pasti memek wajah yang perlu dielakkan. Pada masa yang sama, latih diri agar sentiasa senyum dan mengangguk dengan penuh perhatian.
Lakukan: Latih di hadapan cermin dan kenal pasti memek muka yang kurang menyenangkan.
Jangan lakukan: Latih untuk elakkan ekspresi yang negatif dan latih pula untuk sentiasa senyum dan kekalkan ekspresi yang menyenangkan.

Ekspresi wajah tak perlu keterlaluan!
4. Postur tubuh yang terkawal
Sudah semestinya anda ingin kelihatan konfiden, tetapi anda juga perlu kelihatan tenang dan terkendali. Postur yang bongkok dengan bahu yang jatuh atau duduk sambil tersandar ke belakang menunjukkan tiadanya minat. Jadi duduk tegak (jangan pula kaku macam kayu) dengan tangan terbuka.
Postur anda perlu bersesuaian dengan prospek. Postur ketika bertemu seorang CEO syarikat yang ingin dapatkan perlindungan bagi asetnya yang berjuta-juta ringgit dengan postur ketika bersembang dengan peniaga runcit di taman perumahan anda yang ingin dapatkan medikad tidak semestinya sama.
Lakukan: Postur perlu relaks dan tenang tetapi tetap menunjukkan keyakinan.
Jangan lakukan: Postur yang buruk atau terlalu konfiden seolah angkuh.
5. Nada suara juga penting
Menurut John Daly, profesor komunikasi di Universiti Texas, nada yang dalam menunjukkan dominasi, kepakaran dan kecekapan. Manakala nada yang tinggi pula menunjukkan kegugupan atau keterujaan. Jadi walaupun ok untuk bercakap dengan rakan anda dengan nada yang tinggi ketika menceritakan inciden anda bertemu selebriti kesayangan anda di pasar malam, jangan pula lakukannya ketika sales pitch!
Bertutur dengan jelas, tenang dan sertakan penekanan emosi ke dalam kata-kata anda. Main dengan tempo dan penjedaan untuk mendapatkan perhatian prospek. Perhatikan penceramah terkemuka yang anda gemari dan belajar cara penyampaian mereka.
Lakukan: Kata-kata perlu jelas dengan nada tenang dan yakin. Beralih tempo dan gunakan penjedaan dan penekanan emosi.
Jangan lakukan: Nada yang terlalu tinggi, becakap terlalu laju atau terlalu perlahan.

Obama dikenali sebagai salah seorang penceramah yang terbaik. Kaji cara beliau!
Sudah baca jangan lupa kongsi bersama rakan ejen yang lain! Dan Like kami di Facebook dan dapatkan artikel baru setiap minggu!
Nak baca artikel yang lain? Cuba yang ini, terutama jika anda mengalami masalah sale tidak menentu!
Tip Bagi Ejen Takaful di Kala Sale Tidak Menentu
Leave a Comment