Facebook, kalau diguna dengan betul, memang efektif bagi ejen takaful dan insurans untuk memasarkan diri di ruangan cyber. Tapi jika anda betul-betul ingin dipandang sebagai seorang ejen yang serius dan profesional, ada beberapa kesilapan yang perlu anda elakkan di Facebook.
6 kesilapan di Facebook ejen takaful perlu elakkan
1. Terlalu kerap posting tentang takaful
Facebook sememangnya sebuah platform bagi anda untuk kongsikan perkhidmatan anda, tapi ingat: tiada siapa yang ingin diperdaya. Prospek mudah jemu dengan teknik hard-selling yang keterlaluan. Ianya tidak akan membuat mereka tiba-tiba teringin membeli takaful. Sebaliknya teknik ini hanya akan membuat mereka meluat.
Apa yang perlu anda lakukan: Kenal pasti cara di mana anda boleh tawarkan value atau tambahkan nilai kepada prospek anda dan kongsikan infomasi yang disukai mereka. Contohnya, jika anda seorang ejen takaful kenderaan, anda boleh kongsi tips penjagaan kereta atau undian kereta paling popular. Jika anda ejen takaful hayat, anda boleh pos tips kesihatan atau cara-cara untuk berhenti merokok. Lebih ramai prospek yang suka pada posting anda, lebih mudah bagi mereka untuk menerima perkhidmatan yang anda tawarkan.
2. Posting yang terlalu personal
Bagi seorang ejen seperti anda, profil Facebook anda seakan iklan yang tidak putus-putus tentang diri anda. Jadi wajarlah anda berhat-hati dengan apa yang dikongsikan. Nak merungut tentang putus cinta? Bukan di sini tempatnya. Prospek inginkan ejen yang professional jadi tak perlulah kongsi segala butir peribadi anda.
Apa yang perlu anda lakukan: Ejen seperti anda banyak mengendalikan maklumat peribadi pelanggan. Pelanggan perlu yakin bahawa ejen mereka adalah seorang yang boleh dipercayai dan profesional. Jadi tidak perlu menceritakan segala pengalaman anda di Facebook. Seperti pepatah Melayu yang berbunyi: Jangan buka pekung di dada.

Putus cinta? Tidak perlulah merungut di Facebook.
3. Posting yang tidak sensitif terhadap orang lain
Kita sering nampak posting di Facebook tentang mereka yang memerlukan bantuan kewangan ratusan ribu ringgit untuk membiayai pembedahan. Kita juga pernah nampak ejen yang ambil kesempatan ini untuk mempromosikan perkhidmatan mereka dengan contoh komen: “jangan biar sampai diri anda jadi begini”.
Apa yang perlu anda lakukan: Dalam mencari rezeki yang halal, kita perlulah peka dengan nasib dan perasaan orang lain. Nak sedarkan pengguna tentang takaful ada banyak caranya, gunalah cara yang lebut dengan niat ingin membantu.
4. Bertindak kasar
Di internet ni dah jadi kebiasaan, memang sering kita berjumpa dengan golongan yang suka bertindak kurang ajar tanpa sebab. Kalau diikutkan hati, mahu saja kita pun balas dengan kekasaran. Tapi tindakan ini cuma akan burukkan lagi keadaan dan hanya akan menampakkan sikap negatif anda.
Apa yang perlu anda lakukan: Jika anda dapat komen yang biadab, teliti dulu keadaan. Mungkinkah komen seseorang kerana beliau kurang faham tentang takaful? Tangani situasi ini dengan menawarkan sedikit penerangan tentang takaful atau produk dan perkhidmatan anda. Tapi jika mereka tetap biadap tanpa mengambil peduli cubaan anda untuk menenangkan keadaan, lapurkan sahaja tindakan mereka.

Jangan sesekali berbalahan di Facebook.
5. Menyindir prospek
Kita semua biasa mendapat rejection dari prospek, itu sudah menjadi kebiasaan. Tapi malangnya ada segelintir ejen yang gemar menyindir prospek mereka yang membuat keputusan tidak membeli takaful dari mereka di ruangan Facebook dengan kata-kata seperti “jangan menyesal pula kalau dah sakit nanti”.
Apa yang perlu anda lakukan: Memanglah kita semua mahukan sales, tetapi jika ditolak prospek, perlulah bersifat matang dan redha. Kita perlu faham bahawa prospek mempunyai hak untuk tidak membeli apa-apa produk dari kita walaupun setelah puas kita terangkan faedah-faedahnya. Tidak perlu menyindir atau memerli prospek di ruang Facebook anda. Sebaliknya bantu saja dengan rela hati.
6. Asyik posting benda yang sama
Sesekali anda post iklan dari syarikat takaful anda adalah berguna kerana ia dapat menimbulkan kesedaran tentang syarikat dan produk yang ditawarkan. Tetapi jika anda hanya post iklan-iklan dari syarikat anda, prospek dan rakan anda di Facebook juga akan jemu akhirnya.
Apa yang perlu anda lakukan: Fahami citarasa prospek dan rakan anda di Facebook. Cuba sesuatu idea yang fun dan menarik. Contohnya tawarkan secawan kopi latte percuma di kafe tertentu kepada 20 prospek pertama yang meminta sebutharga dari anda. Mesti ramai yang tertarik!

Cari idea yang fun untuk menarik prospek di Facbook anda.
OK, sekarang masa untuk mencuba tip-tips yang kami sudah berikan. Selamat berjaya!
Inginkan lebih artikel sebegini? Jangan lupa Like kami di Facebook kami dan anda akan dapat artikel yang terbaru yang menarik. Jika anda ingin sumbangkan idea anda tentang artikel yang anda ingin tulis sendiri, hubungi kami di pr@ibanding.com.
Leave a Comment