Before I became an insurance agent a few years ago, I was an active member in a multi-level marketing program. Seeing how everyone was so energetic and optimistic there, I was truly convinced that I too could succeed, like the many leaders who drove fancy cars and wore expensive designer suits.

But alas, that career (if you could call it that) was short-lived. Was the program a scam perhaps? Maybe, but that was irrelevant, after all, it made millionaires out of many who believed in it. Looking back at it now, I am not embarrass to admit that it was my own doing. It was my own ego, my attitude that stopped me from achieving the same success that they did.

Although lots of money and time were spent during my time in the program, but I am happy to say that I am now mature enough to realize that they were not all wasted. Not at all. There were in fact invaluable lessons to be learned from my experience there. Lessons needed in order to succeed – anywhere.

 

Pelajaran yang dipelajari dahulu terus digunakan. Kerana tidak memadai sekadar mengetahui, tetapi aplikasi amat penting. Kesilapan lalu tidak diulangi lagi. Ego ditolak ke tepi.

Jadi jika anda baru menceburi bidang takaful ini sebagai ejen, ini beberapa perkara yang perlu dimahiri seawal mungkin di dalam karier anda.

 

6 perkara yang perlu dimahiri ejen takaful sebelum terlambat

1. Know yourself

Knowledge ini tiada nilainya. Ianya penting untuk menjamin kejayaan di dalam segala aspek kehidupan.

Saya kenalpasti apakah yang mencetuskan kemarahan, apa yang memberi kebahagian kepada saya. Apa faktor yang mendorong? Apakah prinsip hidup saya? Apakah kelebihan dan kelemahan saya? Apa matlamat hidup? Sebanyak manakah saya membiarkan ego mengawal diri saya?

Tanpa pengetahuan ini, kita seumpama perahu yang tiada pendayung. Kini, saya tidak lagi bertindak tanpa sedar seperti auto pilot tetapi menyedari sebab setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Ia membantu dalam menentukan jalan hidup yang saya kehendaki. Ia membantu saya dalam menggunakkan kelebihan saya sepenuhnya manakala kelemahan saya yang dikenalpasti dapat saya perbaiki. Ia membantu saya dalam interaksi bersama orang ramai.

Yang penting sekali, saya dapat mengenalpasti ego saya sendiri dan berjaya mendiamkannya (walaupun bukan diam terus). Ego yang dahulunya menyebabkan saya pantang ditegur, segan untuk bertanya kerana khuatir kelihatan seperti lemah dapat saya ketepikan.

 

2. Forget what you think you know

This was one of the many advises my MLM group leader shared with me. It stuck with me for a long time perhaps because I did not really understand it at first. After

Ini salah satu pesanan MLM leader satu ketika dahulu. Pada mulanya memang tidak faham maksudnya. Tetapi lama kelamaan barulah faham.

Lupakan pelajaraan dahulu. Jika diri sudah penuh dengan ilmu, bagaimana untuk menimba ilmu baru. Jika berasa diri sudah pandai, macam mana untuk rendahkan diri untuk mencari pelajaran baru. Kosongkan diri.

Setiap bidang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang berbeza. Jika kita memasuki bidang baru dengan mentaliti yang kita sudah cukup pandai, tidak mungkin kita akan dapat mempelajari segala yang diperlukan untuk berjaya. Jangan difikir kerana ada kelulusan tinggi kita sudah tahu segalanya.

 

3. Identify and polish your strengths

Beberapa kemahiran yang perlu diasah dari awal karier sebagai ejen takaful adalah:

Communication skill – sama ada secara berdepan, melalui telefon mahupun di dalam talian (seperti Whatsapp, SMS, atau emel). Serta sama ada secara formal ataupun tidak. Jika berjumpa dengan orang kebayakan lain cara komunikasinya berbanding cara kita berkomunikasi dengan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat.

Sales and marketing skills – jangan sesekali pandang mudah perkara ini. Sales skill bukanlah sesuatu yang datang pada diri secara semulajadi. Ini tanggapan saya pada mula-mula kerja. Ia perlu dipelajari dan terus dipelajari. Banyak caranya tidak perlu disebut lagi. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah niat ingin belajar. Sudah ada niat, pemikiran kita akan lebih terbuka kepada ilmu yang sebenarnya terdapat di mana-mana.

 

4. Practise self-disciplin

Ini adalah bidang yang perlu self discipline atau disiplin diri. Ramai yang tercicir separuh jalan dan antara puncanya ialah tiadanya disiplin diri. Tanpa disiplin diri, banyak alasan yang diberi, contoh mangapa kita tidak bangun awal, atau mengapa kita tidak ke pejabat. Tanpa disiplin banyak perkara yang ditangguh. Salah satu sebab mengapa kebanyakan ejensi memberikan target atau sasaran yang perlu dicapai ahli-ahli mereka ialah untuk pastikan mereka tidak terhanyut.

Bagaimana untuk mendisiplinkan diri? Satu langkah demi satu langkah. Jika dahulunya saya suka tidur semula setelah subuh, sengaja ditukarkan langsir bilik ke langsir yang lutsinar. Biar cahaya masuk. Nak tidur pun tak selesa. Jika dahulunya suka tonton TV di rumah sehingga tidak keluar ke pejabat, sengaja ditamatkan langganan TV satelit. Duit pun jimat. Mungkin agak ekstrim. Ikut pada kemampuan.

 

5. Master time management

Tiada ejen yang berjaya secara kebetulan atau dengan bergantung pada nasib. Setiap ejen yang berjaga pastinya mengamalkan strategi pengurusan masa yang bersesuaian dengan cara mereka beroperasi.

Kini terdapat bermacam-macam aplikasi telefon bimbit yang boleh memudahkan pengurusan masa contohnya Wunderlist dan RescueTime. Tiada salah ambil kesempatan kemudahan yang ada.

Tetapi apa yang paling penting bagi kerjaya kita adalah dalam membahagikan masa bagi perkara yang spesifik untuk menjamin kejayaan kita. Setiap hari pastikan sudah set kan waktu-waktu untuk beberapa perkara iaitu, membuat coldcall dan membuat beberapa courtesy call kepada pelanggan sedia ada atau prospek, update Facebook dan Instagram, dan berjumpa pelanggan untuk sesi teh tarik.

6. Build a strong network

Kenapa perlu bina network? Kerana referral adalah sumber utama leads atau prospek bagi kerjaya ini. Untuk bina referral network, perlu terdahulu bina reputasi yang cemerlang. Berikan perkhidmatan yang tiada tandingan.

Referral network ni, sekali dah dibina, ia akan berjalan dengan sendiri dan akan terus menjana leads bagi kita, secara exponential. Jadi amat penting untuk mula bina network dari mula lagi.

 

If you have a story of your journey to share with us and our readers, write to us! We’d love to publish it on our blog.

Write to: pr@ibanding.com. Hope to hear from you soon!

 

Spread the love