7 Perkara Setiap Ejen Insurans Ingin Rakyat Malaysia Ketahui
1. Anda datang untuk membantu
Tiada siapa yang suka diperdaya. Anda patut terima pujian atas kesabaran anda, yang sering tidak dilayan oleh prospek. Bila mana kebenarannya adalah apa yang ditawarkan ejen adalah sedikit nasihat pengurusan kewangan. Dan anda lakukan semua itu secara percuma. Tak salah pun dengan mengatakan Tidak, tapi berilah peluang, ini sebenarnya untuk kebaikan prospek juga sebenarnya.

Sebilangan rakan dan ahli keluarga sepi tanpa berita?
2. Anda rindu sebilangan keluarga dan rakan-rakan anda
Mana-mana ejen masih ingat bulan-bulan pertama semasa bermula tugas sebagai ejen insurans. Tiba-tiba orang yang paling rapat dengan anda tidak lagi menjawab pangilan telefon anda. Pesanan Whatsapp anda hanya mendapat tanda biru tetapi tak pula anda dapat jawapan. Pada permulaannya, tidak ada langsung keseronokannya, malahan amat mengecewakan. Tapi lihatlah dari segi positif, anda juga dapat ketahui siapakah mereka yang percaya dan memberi sokongan kepada anda.
3. Orang yang menerima keuntungan dari pelan insurans adalah pelanggan anda, bukan anda
“Memanglah awak nak saya beli insurans, sebab awak nak komisyennye saja!”
Memang benar anda akan terima sejumlah komisyen dari jualan, bagaimanapun anda mengharapkan prospek anda sedar bahawa: Insurans ini adalah keperluan untuk semua orang, sama ada ejen itu terima apa-apa imbuhan atau tidak. Pemegang polisi itulah sebenarnya yang mendapat manfaat dari insurans.
4. Anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan anda sekarang
Orang lain cemburu dengan waktu kerja anda yang fleksibel, mereka fikir anda duduk di rumah sepanjang hari dan keluar bersosial dengan beberapa prospek apabila perlu. Tapi apa yang mereka tidak nampak adalah sasaran jualan yang tidak masuk akal yang anda perlu capai, perjumpaan lewat malam dengan prospek di kedai-kedai mamak, dan semua panggilan telefon yang tidak berjawab atau yang mengecewakan.

Ingat senang nak jumpa prospek setelah berkali-kali direjek?
5. Anda masih gemuruh semasa bercakap dengan orang lain
Tidak kira lah sama ada anda telah mula tugas ini 2 bulan atau pun 2 tahun, hakikatnya apabila pekerjaan anda memaksa anda menerima penolakan-penolakan pada awalnya, anda perlukan kecekalan yang lebih untuk teruskan berhubung dengan prospek anda. Anda mungkin nampak yakin pada luarannya, tapi kalaulah mereka sedar bahawa anda sebenarnya sedang panik di dalaman.
6. Anda sedikit sebanyak boleh menjangkakan siapa di kalangan prospek anda yang akan berjaya dalam hidupnya dan yang mana pula tidak
Sangat menyedihkan apabila anda menerima alasan “tiada bajt” untuk membeli insurans daripada orang yang baru saja menayangkan di Instagram gambar sport rim mewah yang baru dibeli. Walau bagaimanapun, itu memberi gambaran kepada anda siapa di kalangan prospek anda yang akan mencapai matlamat kewangannya, dan yang mana tidak. Apa pun, anda masih bersedia untuk membantu prospek anda dalam cara pun.

Best sebenarnya jadi ejen insurans ni!
7. Ya! Ini adalah satu pekerjaan tetap dan anda menyukainya!
Ini bukan suatu fasa yang sedang anda lalui, dan anda telah penat mendengar dari ahli keluarga dan rakan yang bertanyakan bila anda akan mencari “pekerjaan tetap”. Menjadi seorang ejen insurans mengajar anda skil yang berharga seperti kemahiran interpersonal dan ilmu perancangan kewangan. Anda lakukan semua itu dalam sebuah kumpulan yang bermotivasi tinggi. Mungkin yang paling utama anda dapat membantu prospek anda merancang masa depan mereka. Ini bukan saja suatu pekerjaan yang tetap, tetapi ianya juga sangat mulia!
Di sebalik cabaran sebagai seorang ejen, anda sedar anda telah membuat keputusan yang tepat dalam hidup dan anda bangga dengan semua pencapaian yang anda telah kecapi. Anda rasa bertuah berpeluang bekerja di dalam suasana yang menggalakkan anda menjadi berani dan berfikiran positif.
Jika anda sedang mencari peluang untuk melonjakkan karier anda ke tahap yang lebih tinggi, daftarkan profil ejen anda ke dalam direktori ejen iBanding di sini.
Leave a Comment