Memang tidak syak bahawa pekerjaan ejen takaful ini bukan lah suatu pekerjaan yang dicemburui ramai. Tapi kalau ditanyakan kepada ejen takaful, sama ada mereka sukakan pekerjaan mereka, sebulat suara mereka akan katakan YA! Ini antara sebab-sebabnya:

7 sebab seronoknya jadi ejen takaful

1. Anda bekerja di rumah, di kafe atau di mana saja ikut kehendak hati anda

Seperti salesman, anda juga tidak dikehendaki berada di pejabat sepanjang hari, asalkan sales target anda dicapai itu sudah memadai. Mungkin ada hari-hari di mana ejensi perlu anda hadir di pejabat untuk tujuan mesyuarat mingguan atau sesi latihan. Tapi selain dari itu, anda selalunya bebas untuk bekerja di mana saja anda suka. Ya, termasuklah di kedai kopi kegemaran anda!

 

seronoknya jadi ejen takaful

Nak bekerja di rumah hari ni? Boleh saja!

 

2. Tiada dua hari yang serupa

Tiada apa yang rutin terhadap pekerjaan anda. Satu hari anda mungkin duduk bersembang dengan sahabat lama anda di kedai mamak sambil bincang tentang pelan takaful. Keesokan harinya pula anda mungkin di ruang tamu prospek terbaru anda sambil menerangkan produk takaful yang sesuai baginya. Hari-hari anda sentiasa menarik. Tak pernah boring!

 

3. Anda sentiasa di perjalanan

Anda sentiasa saja di perjalanan, sama ada untuk tujuan pekerjaan atau pelancong. Ada masa anda perlu berjumpa dengan klien untuk hantar polisi. Atau jika di hujung atau awal tahun, anda sibuk menghantar diari dan kalender kepada semua klien di serata tempat. Ada kalanya pula anda ke outstation untuk hadiri acara yang dianjurkan syarikat takaful anda. Jangan lupa juga, jika anda antara ejen yang top, anda diberi ganjaran melancong ke tempat-tempat yang paling best!

 

seronoknya jadi ejen takaful

Capai sales target dan anda berpeluang melancong ke tempat-tempat menarik!

 

4. Anda pelajari perkara baru setiap hari

Sebagai ejen, anda dapat menambah ilmu dalam banyak bidang, termasuklah bidang pengurusan kewangan peribadi. Ejensi sentiasa menggalakkan ejen-ejen mereka untuk mempelajari atau mengasah ilmu dengan menganjurkan latihan kepada ejen mereka. Bukan sekadar bidang kewangan, ilmu people skill atau bagaimana untuk berinteraksi dengan orang ramai, dan juga ilmu penjualan dapat dipelajari. Semua ini amat berharga bagi pembangunan diri.

 

5. Anda dapat sentiasa mencabar diri anda

Sebagai ejen anda sentiasa menghadapi cabaran dan dugaan baru. Anda mungkin terpaksa menghadapi ketakutan anda untuk bercakap di hadapan khalayak ramai semasa membuat sharing dalam kumpulan latihan. Atau anda perlu beranikan diri untuk membuat panggilan kepada seorang prospek yang penting untuk memperkenalkan sesuatu produk takaful. Semua cabaran ini hanya membuatkan anda lebih matang dan gigih.

 

seronoknya jadi ejen takaful

Cabaran dan dugaan yang anda hadapi hanya membuatkan anda lebih berani.

 

6. Kerjaya anda meningkat seiring dengan usaha anda

Bekerja di korporat bereti anda perlu menunggu sehingga setahun untuk dinilai bagi menentukan sama ada anda dapat naik pangkat atau naik gaji. Tapi sebagai ejen takaful, ganjaran anda seakan serta-merta mengikut usaha anda!

 

7. Anda membawa perubahan positif kepada orang lain

Bagi ramai ejen, ganjaran yang paling bernilai yang diperoleh dari pekerjaan ini adalah apabila mereka dapat mengubah nasib klien mereka. Sebagai ejen, anda dapat menasihatkan klien anda agar dapat membuat keputusan yang boleh mengukuhkan pengurusan kewangan mereka. Dan jika sesuatu musibah berlaku, mereka tidak perlu hidup dalam kesusahan. Tahniah ejen! Itu suatu pekerjaan yang sangat mulia dan dibanggakan!

 

Anda membawa perubahan positif yang boleh mengubah nasib pelanggan anda.

 

Anda mempunyai rakan ejen yang perlukan sedikit dorongan dan motivasi, kongsikan artikel ini. Atau ada rakan bukan ejen yang sedang memikirkan untuk mencuba nasib dalam bidang ini? Juga kongsikan artikel ini! Jangan lupa Like page kami di Facebook agar anda dapat artikel-artikel terbaru kami!

 

 

Spread the love