Ramai yang ceburi bidang ini pada selalunya khuatir adakah kekurangan dari segi pengalaman akan menghalang prospek dari membeli dari mereka. Tetapi prospek sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah dengan kekurangan pengalaman seseorang ejen.

Apa yang mereka harapkan dari seorang ejen adalah agak mudah. Mengenal pasti keperluan ini dapat membantu anda menjadi seorang ejen yang lebih efektif terhadap semua pelanggan juga prospek anda. Ini 6 di antaranya.

 

Apa yang pelanggan perlukan daripada ejen takaful mereka?

 1. Mereka mahukan value

Kebanyakan pelanggan sedar pun bahawa harga yang rendah tidak semestinya yang terbaik buat mereka. Mereka tidak melihat takaful sebagai komoditi, jadi harga bukanlah faktor utama dalam memilih sesuatu produk takaful.

Apa yang mereka inginkan terutamanya adalah value, iaitu nilai yang diperolehi. Value ini pula datang dengan berbagai bentuk. Daripada sebuah kajian yang dijalankan, value for money adalah yang diutamakan pelanggan. Iaitu nilai faedah terbaik bagi sesuatu produk atau takaful solution yang boleh mereka perolehi. Bukan hanya dari segi harga tetapi juga benefit lain.

Di sinilah di mana fungsi seorang ejen memainkan peranan yang kritikal. Mereka perlu kenal pasti keperluan, keinginan, kemampuan setiap pelanggan dan khususkan produk bagi setiap pelanggan dengan tepat. Sesetangah pelanggan pula mahu kerap berhubung dengan ejen mereka, sesetengah tidak. Ada pula pelanggan celik takaful yang cekap mengendalikan tuntutan dengan sendiri, manakala yang lain perlu dipimpin setiap langkah.

 

2. Mereka mahukan keyakinan bahawa anda memiliki pengetahuan tentang takaful yang mencukupi

Pelanggan mengharapkan anda mempunyai pengetahuan yang extensive tentang solution yang anda syorkan kepada merka. Mereka perlu confident bahawa produk ini adalah yang terbaik untuk mereka yang akan memberikan ketenangan fikiran bahawa mereka dilindungi dengan terbaik.

Malah pelanggan yang celik takaful pula sedikit sebanyak inginkan anda mempunyai pengetahuan tantang industri. Apa gunanya pengetahuan tentang industri? Supaya anda boleh beri sedikit pandangan dan membuat perbandingan di antara produk anda dengan produk lain di pasaran.

 

3. Mereka perlu rasa diri mereka penting bagi anda

Malah, setiap manusia inginkannya! Perasaan ini membuatkan seseorang berasa seronok dan lebih yakin dengan diri sendiri. Jadi tidak hairanlah kenapa kita tertarik dengan mereka yang dapat membuatkan kita berasa sedemikian.

Pelanggan anda sedar bahawa anda mempunyai ramai pelanggan lain yang perlu anda layani. Tetapi pada masa yang sama mereka ingin merasakan bahawa anda meletak mereka sebagai keutamaan anda. Jika anda dapat berbuat demikian dengan semua pelanggan anda, anda sememangnya ejen yang HEBAT!

 

 

4. Mereka inginkan perhatian peribadi

Ini faktor utama yang menjamin kesetiaan pelanggan. Di dalam situasi pasaran yang bersaing hebat masa kini, anda perlu pastikan yang anda ‘hadir’ setiap kali pelanggan memerlukan anda. Ini tidak bererti anda perlu berkepit dengan pelanggan setiap masa. Tetapi pelanggan expect anda jawab telefon setiap kali mereka panggil anda. Mereka expect soalan dan kekeliruan mereka dijawab dengan jelas dan pantas. Mereka expect anda berada di sisi mereka ketika mereka terlantar di atas katil hospital dan bantu mereka dalam menguruskan tuntutan mereka.

Kebanyakan pelanggan, terutama di Malaysia dan negara yang sedang membangun, masih memerlukan personal touch atau perhatian peribadi seseorang ejen. Ianya tidak sama dengan menekan butang setelah mendapat arahan dari suara yang dikeluarkan oleh sistem suara mesin otomatik.

Dalam kata lain, mereka perlukan anda menjadi mudah diakses. Inilah kelebihan nombor satu yang dimiliki oleh ejen takaful berbanding direct channel yang semakin hari semakin diberi perhatian di industri ini. Jadi kena pandai-pandai lah mempergunakan kelebihan ini!

Sebuah kajian oleh National Association of Professional Insurance Agents (Amerika Syarikat) bersama Partnership pada tahun 2012 menunjukkan bahawa 73% pelanggan ingin dihubungi oleh ejen insurans mereka bukan sekadar pada waktu pembaharuan polisi!

Apa Yang Pelanggan Perlukan

 

5. Mereka ingin ketahui bahawa anda peduli tentang kepentingan mereka

Pelanggan tidak hiraukan kejayaan anda sebagai ejen takaful. Mereka tidak heran pun jika anda memiliki pengalaman selama 20 tahun atau telah menjelajah seluruh dunia. Apa yang mereka inginkan adalah untuk mengetahui bahawa anda care tentang mereka.

Jika anda seorang ejen yang baru menceburi industri ini tetapi dapat menunjukkan keikhlasan anda bahawa anda betul-betul mementingkan kebajikan mereka, itu sudah cukup untuk yakinkan mereka. Tidak perlu datang appointment menaiki kereta mewah untuk membuktikan kepakaran dan kejayaan anda.

Pengalaman dan pengetahuan boleh dimiliki semua orang. Tetapi keikhlasan tidak mudah dimiliki. Pakar motivasi terkemuka Brian Tracy pernah berkata:

Mereka (pelanggan) tidak hiraukan betapa banyak anda tahu hinggalah mereka tahu betapa banyak anda peduli.

(They (customers) don’t care how much you know until they know how much you care.)

 

6. Mereka ingin yakinan bahawa anda boleh dipercayai

Jika prospek tidak merasakan bahawa mereka boleh mempercayai anda, mereka tidak akan membeli daripada anda. Ini jelas sekali dalam industri ini di mana relationship di antara pembeli dan penjual adalah untuk jangka masa lama. Trust, atau kepercayaan adalah faktor utama dalam mengekalkan pelanggan atau customer retention.

Pelanggan perlu yakin bahawa mereka dapat mempercayai anda dengan maklumat dan kisah-kisah peribadi mereka (kerana ramai yang sering meluah perasaan mereka terhadap ejen mereka). Mereka perlu yakin bahawa mereka boleh mempercayai bahawa anda meletakkan kepentingan dan kebajikan mereka sebagai keutamaan dan bukan kepentingan dan kebajikan anda sebagai ejen yang hanya ingin mendapatkan komisen anda. Dan yang terpenting sekali, mereka ingin mempercayai bahawa anda akan sentiasa mengotakan janji anda dan bersama mereka pada masa mereka memerlukan anda.

 

 

Bagi kebanyakan pelanggan, ejen yang memenuhi semua keperluan ini mungkin hanya satu dalam seratus. Jadi iBanding menyediakan direktori ejen insurans dan takaful yang besertakan sistem nilai 5 bintang dan ulasan yang memudahkan prospek untuk mendapatkan ejen yang betul-betul hebat. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka untuk semua ejen insurans dan takaful di Malaysia.

 

Inginkan artikel begini setiap minggu? Like Facebook page kami ya! Dan jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan ejen anda yang lain! 🙂

 

Spread the love