Ramai di kalangan ejen takaful yang segan untuk meminta referral dari pelanggan mereka. Biasalah, siapa yang ingin kelihatan terdesak atau meminta-minta di hadapan pelanggan sendiri. Akan tetapi, jika anda lepaskan peluang ini, bermakna terlepaslah peluang anda untuk menambahkan prospek yang mungkin boleh mengandakan bisnes anda.

Pentingnya referral bagi ejen:

Referral adalah antara alat terpenting bagi ejen takaful dalam menambahkan prospek.

1. Statistik menunjukkan kebarangkalian bagi prospek untuk membeli sesuatu produk atau servis bertambah jika ianya disyorkan oleh kenalan atau ahli keluarga berbandingkan jika disyorkan oleh seseorang yang tidak dikenali.

2. Prospek selalunya akan lebih terbuka untuk menerima nasihat atau cadangan orang yang mereka kenali dan percayai.

3. Rakan-rakan kita kebanyakannya lebih kurang sama profil seperti kita. Contohnya dari segi tahap pelajaran, umur, status perkahwinan dan keperluan. Jadi jika anda disyorkan kepada orang yang sama profilnya seperti pelanggan anda, ianya mudah bagi anda untuk membuat sales pitch anda. Anda tidak perlu risau tentang perlunya membuat sales pitch kepada seseorang yang langsung anda tidak tahu latar belakangnya.

 

meminta referral

Ingin dapatkan banyak lagi statistik seperti ini? Like kami di Facebook!

 

Segan nak meminta referral? Cuba 5 cara mudah ini:

1. Tukar mindset anda

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah buang unsur negatif yang anda kaitkan dengan tindakan meminta referral. Ingat perkara ini: Tugas anda di sini adalah untuk membantu orang ramai merancang kehidupan dan kewangan mereka dengan lebih efektif. Tiada apa yang perlu anda berasa malu atau segan! Jadilah lebih positif dan bangga dengan apa yang anda tawarkan. Ini akan membuat anda lebih konfiden semasa meminta referral.

minta referral

Tukar dulu pemikiran anda!

 

2. Beri layanan dan servis yang baik terhadap pelanggan anda

Nak minta referral? Anda perlulah jadi contoh yang baik terhadap pelanggan anda dahulu. Ini adalah langkah pertama dalam proses meminta referral. Pelanggan anda hanya akan refer atau syorkan anda kepada rakan mereka jika mereka perpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan anda. Jika tidak, jangan haraplah.

 

3. Terangkan bagaimana anda akan uruskan referral mereka

Selalunya pelanggan berberat hati untuk memberi referral kerana ia akan meletakkan reputasi mereka ke dalam tangan anda. Mereka boleh mendapat reputasi negatif jika ejen mula mengganggu rakan dan keluarga mereka. Untuk elakkan perkara ini, anda boleh menjelaskan kepada mereka bagaimana anda akan menguruskan referral mereka. Ini dapat memberi keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Yakinkan mereka bahawa anda tidak akan mengganggu referral yang mereka berikan dan anda akan layani dan hormati mereka dengan sebaik mungkin. Dan selepas itu jangan pula lupa janji anda!

 

4. Minta dengan tepat

Bukannya mudah bagi pelanggan anda untuk memikirkan siapakah di kalangan rakan mereka yang boleh dinamakan sebagai referral. Jadi bantu mereka dengan berikan beberapa cadangan berkenaan jenis profil yang anda perlukan. Contohnya mungkin seperti seorang rakan pejabat yang sama jawatan. Rakan atau saudara-mara yang baru berumahtangga. Tanya mereka beberapa soalan yang boleh membantu. Seperti: “Ada tak sesiapa di pejabat anda yang mengkin boleh dapat faedah dari pelan takaful seperti yang anda baru beli?”

 

5. Mulakan satu sistem referral

Jika anda serius untuk mengembangkan bisnes anda melalui referral, anda boleh mulakan sistem referral yang memberikan ganjaran kepada pelanggan anda mengikut referral yang mereka berikan. Ikut suka ganjaran apa yang anda hendak berikan mengikut kemampuan anda, contoh seperti segelas latte atau pun premium untuk sebulan.

Jadikan referral sesuatu yang menarik bagi pelanggan anda.

 

Pada mulanya mungkin payah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran mindset terhadap tindakan meminta referral dan juga mempraktikkan kaedah-kaedah ini. Tapi gagahkan saja diri untuk lakukannya. Lama-kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa. Dan anda akan mula menikmati penambahan dalam bilangan prospek anda melalui referral. Jika anda mempunyai rakan ejen takaful yang anda rasa akan dapat manfaat dari artikel ini, silakan share bersama mereka! Jangan lupa juga untuk Like kami di Facebook agar anda tidak terlepas dari artikel akan datang!

 

Hendak dapatkan lebih prospek? Jangan lupa daftarkan diri di Direktori Ejen Insurans dan Takaful yang terbuka kepada semua ejen di Malaysia. Luangkan hanya beberapa minit untuk daftarkan diri anda dengan percuma!

Spread the love