Era digital kini telah mengubah sebahagian besar kehidupan kita. Dari cara kita berhubung dengan rakan hinggalah cara kita membeli-belah. Kini kita tidak lagi perlu beratur panjang untuk dapatkan tiket wayang mahupun di bank hanya untuk transaksi perbankan yang ringkas.

 

Ikuti arus perubahan atau ketinggalan di belakang

Mereka yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan teksi tentu masih ingat bertapa payahnya untuk mendapatkan teksi melalui telefon mahupun di tepi jalan. Tapi kini keadaan sudah pun berubah dengan drastiknya. Perkhidmatan teksi e-hailing seperti GrabCar dan Uber menyenangkan pengguna. Kini kita hanya menggunakan aplikasi mobile dan hanya dalam masa beberapa minit, kereta sudah pun berada di luar pintu rumah.

 

Customer Management System membantu

Sesiapa yang tidak mengikuti arus perubahan, mereka berisiko ditinggalkan pesaing. Ini pelajaran yang didapati dengan kemunculan Uber dan GrabCar di negara ini.

 

Industri insurans juga dilanda arus perubahan

Industri insurans dan Takaful juga menghadapi transformasi revolusi digital yang sama di merata dunia. Perubahan atau disrupsi ini akan memaksa syarikat insurans malahan juga ahli profesional bidang ini untuk menjadi lebih inovatif. Di Malaysia kita telah pun saksikan perubahan ini melalui liberalisasi tariff insurans dan juga Life Insurance and Family Takaful Framework.

Sementara syarikat jutaan ringgit membangunkan sistem dan aplikasi canggih untuk mendorong jualan dan mempelbagaikan saluran pemasaran; individu-individu di bidang ini pula mempunyai pilihan yang pelbagai dari segi sistem dan aplikasi yang sedia ada di pasaran untuk memaksimakan produktiviti dan efisiensi mereka seterusnya melonjakkan jualan.

 

Customer Management System membantu

Era digital mentransformasi cara ejen insurans bekerja hari ini.

 

Bagaimana ejen Takaful memanfaatkan CMS untuk tingkatkan efisiensi dan produktiviti

Dalam laporan Database Marketing Institute, perhubungan pelanggan-ejen adalah faktor utama yang menentukan kesetiaan pelanggan. Sistem Pengurusan Pelanggan (Customer Management System – CMS) adalah sistem pengurusan perhubungan pelangan dan alat yang boleh membantu mempercekapkan efisiensi dan produktiviti. Ia sering digunakan oleh organisasi serta individu di bidang jualan termasuk insurans dan Takaful. Era digital menyebabkan transformasi dalam cara ejen menguruskan pelanggan mereka dan mengembangkan perniagaan mereka.

 

5 manfaat CMS terhadap ejen Takaful:

1. Penyimpanan maklumat pelanggan dan pengurusan dokumen

CMS membolehkan ejen menyimpan maklumat pelanggan di dalam talian dengan selamat. Dengan perlindungan akses dan sistem backup secara otomatik, maklumat dilindungi daripada kejadian yang tidak dijangkakan. Selain data pelanggan, salinan dokumen seperti polisi perlindungan juga boleh disimpan dalam bentuk jpeg atau pdf. Ejen boleh akses maklumat pelanggan dan polisi di mana dan bila-bila masa.

Apabila diminta pelanggan, ejen tidak lagi perlu mencari salinan dokumen dari timbunan kertas-kertas atau membuka computer riba untuk mengeluarkan fail pelanggan. CMS yang disediakan oleh syarikat bebas membolehkan ejen menyimpan maklumat pelanggan tidak mengira dari mana-mana syarikat atau pengendali Takaful di satu tempat yang sama.

 

2. Lead management atau pengurusan prospek

Lead management adalah kebolehan CMS untuk mengurus dan menjejaki status dan kualiti prospek agar memudahkan ejen untuk mengatur strategi dan langkah seterusnya. Dengan mengenalpasti kedudukan seseorang prospek itu di dalam funnel jualan, ejen dapat membuat perancangan dengan lebih teratur dan memaksimakan produktiviti. Maklumat penting dan status prospek juga tidak lagi akan mudah hilang yang menyebabkan kehilangan peluang jualan.

 

3. Jurnal interaksi

Ejen boleh menggunakan CMS untuk tujuan catatan segala interaksi dengan pelanggan ataupun prospek. Seperti merekodkan appointment yang akan datang ataupun menjejaki segala aktiviti dan pertemuan dengan setiap pelanggan.

Ejen tidak lagi mudah terlepas pandang maklumat penting atau permintaan pelanggan. Kemudahan untuk menjejaki sejarah atau rekod interaksi – seperti permintaan dan soalan pelanggan, sebutharga yang diberi dan potensi jualan membolehkan ejen mengurus pelanggan dan prospek dengan lebih cekap dan efektif.

 

4. Pengurusan notifikasi

CMS dengan sistem pengurusan notifikasi membolehkan penghantaran mesej terus kepada prospek dan pelanggan di sistem. Malah penghantaran boleh dilakukan dengan otomatik. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa dengan perlunya berhubung melalui SMS, Whatsapp ataupun emel.

Mesej seperti pengumuman produk baru boleh dilakukan secara serentak. Notifikasi tentang tarikh luput polisi yang kian hampir mahupun ucapan selamat hari jadi boleh diprogramkan mengikut tarikh bersesuaian. Ini mendorong perhubungan yang lebih erat serta menambah produktiviti ejen.

 

5. CMS integrasi aplikasi mobile

Tidak syak lagi telefon bimbit telah lama mengubah gaya hidup kita serta cara kita mengendalikan perniagaan kita. Untuk bersaing dalam industri yang kompetitif ini, ejen perlu sentiasa bersiap sedia untuk bertindak. Dengan adanya maklumat yang sentiasa di dalam tangan, ini sangat memanfaatkan ejen.

CMS yang canggih berintegrasi dengan aplikasi telefon bimbit yang membolehkan ejen membawa ribuan data di dalam tangan pada bila-bila masa dan ke mana sahaja. Ini meletakkan ejen tersebut di hadapan pesaing-pesaingnya kerana kebolehannya untuk memberikan maklumat terkini dengan lebih cepat kepada pelanggan. Dalam perjalanan untuk berjumpa pelanggan? Semak sahaja maklumat pelanggan di telefon bimbit dengan mudah.

 

Miliki CMS anda tersendiri untuk memudahkan segala urusan perniagaan anda

Secara kesimpulannya, CMS memberikan 5 manfaat utama yang disebut di atas untuk memudahkan pengurusan dan perhubungan dengan pelanggan dan prospek. Walaupun perjumpaan dengan prospek dan pelanggan tetap menjadi keutamaan dan adalah kelebihan dimiliki oleh ejen ke atas insurans di talian, akan tetapi industri Takaful tempatan kini menghadapi arus perkembangan.

Apa yang kita pelajari dari pengalaman syarikat teksi dengan terlancarnya perkhidmatan Uber serta Grabcar adalah sesiapa yang tidak mengikut arus ini hanya akan ketinggalan di belakang.

iBanding bakal mengenalkan CMS tersendiri yang dibina khas untuk ejen Takaful dan insurans di Malaysia. Jika anda berminat, sila tinggalkan alamat emel anda di bawah untuk akses awal perkhidmatan ini. Kemudian periksa emel untuk pengesahan.



     

     

     

    Spread the love