Sebab 1. Tak cukup prospek
OK kita mula dari langkah pertama, iaitu untuk dapatkan sales, kenalah dapatkan prospek dahulu. Tak mungkin dapat prospek kalau duduk di rumah sepanjang hari kan. Kita mulakan dengan target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 2 prospek sehari. Setelah mahir dalam seni mencari prospek kita tingkatkan nombor target kita ni. Mudah-mudahan masa tu kita sudah pun mula menerima prospek dari referral juga.
Salah satu cara efektif untuk mendapatkan prospek adalah melalui referral atau cadangan rakan. Tahukah anda, 65% jualan baru adalah melalui referral (New York Times). Kebarangkalian prospek membeli setelah menerima cadangan dari kenalan pula adalah 4 kali lebih tinggi (Nielsen)? Jadi jangan segan untuk meminta referral dari pelanggan atau sahabat-sahabat anda.
Satu lagi cara ialah melalui kehadiran di talian (online presence). Di zaman moden ni ramai yang mencari ejen di internet, terutama sekali generasi millennial ni. Direktori Ejen yang ditubuhkan oleh iBanding bertujuan untuk membantu para ejen untuk dapatkan lebih prospek. Sistem nilai bintang dan ulasan pelanggan pula memberi lebih keyakinan kepada prospek tentang ejen-ejen takaful yang berada di dalam direktori ni.

Jangan segan untuk mencuba teknik baru dalam mencari prospek.
Sebab ke-2. Cold call tidak memadai atau kurang meyakinkan
Tak perlulah menelefon sesiapa saja yang tak dikenali semata-mata sebab kita dah set kan target untuk cukupkan sejumlah prospek setiap hari. Panggilan telefon atau cold calling juga ada seninya. Contohnya, tahukah anda, hari Rabu dan Khamis adalah hari-hari yang paling efektif untuk membuat cold calling? Sekarang dah tahu, jadi khaskan hari-hari ni untuk usaha cold calling anda.
Selain dari suara dan intonasi anda semasa menelefon prospek, anda juga perlu berhati-hati dengan apa yang disampaikan. Semasa bercakap dalam telefon, jangan tergesa-gesa berikan semua maklumat kepada prospek. Sebaliknya tujukan beberapa soalan. Biarkan mereka bercakap. Jangan beri segala penyelesaian dengan segera. Sebab ini akan membuatkan prospek merasakan bahawa: a) anda telah pun praktis jawapan anda untuk panggilan tu, b) keperluan mereka dapat diselesaikan dengan mudah dan boleh dilakukan oleh mana-mana ejen sahaja. Jadikan sedikit misteri, buatkan prospek berasa seperti keperluan mereka unik dan hanya anda mempunyai penyelesaiannya. Set kan appointment di mana anda akan membentangkan penyelesaian kepada mereka.

Cold call tak meyakinkan? Cuba praktis dengan rakan ejen lain.
Sebab ke-3. Terlebih cakap dari mendengar
Semasa berjumpa dengan prospek, jangan terlalu banyak bercakap. Sebaliknya galakkan prospek untuk berceritakan tentang diri mereka. Tanya soalan-soalan yang penting dan dengar dengan teliti. Lebih banyak kita biarkan mereka bercakap, a) lebih menyeluruh fahaman kita tentang keperluan mereka, b) mereka akan berasakan kita ni serius dan ikhlas dalam membantu mereka. Yay suatu situasi yang win-win!

Banyakkan mendengar dari bercakap
Sebab ke-4. Kita fikirkan yang kita sudah tahu apa yang diperlukan oleh pelanggan
Buangkan mentaliti ‘salesman’ di mana kita dah set apa yang kita nak jual pada prospek. Kehendak dan keperluan takaful pelanggan berlainan. Mulakan perjumpaan anda bersama prospek dengan pemikiran terbuka. Fahami dulu apa yang dikehendaki. Banyakkan bertanya soalan bukan sebab mentor atau ejensi kita dah tetapkan soalan-soalan yang perlu ditanya, tapi sebab kita betul-betul ingin tahu dan memahami. Setelah fahami keperluan mereka, baru lah cadangkan suatu produk yang bersesuaian. OK?

Jangan cepat tentukan apa yang diperlukan oleh pelanggan. Fahami mereka dahulu.
Sebab ke-5. Kita tidak utamakan menimba ilmu untuk majukan diri
Jadikan satu matlamat untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Tidak kiralah ilmu apapun asalkan ia dapat memajukan diri kita terutama dalam bidang ini. Belajarlah sesuatu mengenai industri takaful ini sendiri, seperti sejarahnya, atau pesaing kita; atau kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam seni pemasaran dan jualan. Ataupun sesuatu mengenai diri sendiri. Seperti apakah kelemahan dan kelebihan kita. Bagaimana kita dapat membaiki kelemahan kita, dan bagaimana pula kita boleh menonjolkan kelebihan kita. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk tujuan ini. Setidaknya pun dengar CD motivasi semasa dalam kereta, itu pun banyak yang dapat dipelajari.
Banyak ilmu yang boleh dipelajari jika mahu, people skill, kemahiran berkomunikasi, teknik jualan dll. Ambil serius langkah ini. Sebab perlu ingat, ramai ejen di luar sana yang menjual produk takaful sama seperti kita. Apa yang membuatkan pelanggan membeli dari anda adalah ANDA sendiri. Jadi kalau diri kita tak sentiasa memajukan diri kita akan ketinggalan.

Luangkan masa untuk renung-renungkan diri.
Akhir kata, segalanya terletak pada diri kita sendiri, tak kira lah dalam bidang apa sekali pun. Dari mencari prospek ke menimba ilmu baru, itu semua memerlukan usaha dan dedikasi. Jangan gentar dalam mencuba sesuatu yang baru jika cara lama tidak lagi membuahkan hasil. Dunia sekarang sangat dinamik. Banyak yang dapat diperolehi dari internet, kajian yang dijalankan, gunakan ilmu ini untuk bantu diri kita supaya lebih maju. Laman seperti iBanding4Agent di Facebook kami banyak berkongsi maklumat yang dapat membantu. Good luck!
Leave a Comment