Apakah dugaan dan cabaran terbesar yang pernah anda lalui sebagai seorang ejen? Kami bertanyakan soalan ini kepada beberapa ejen dan ini adalah kisah mereka yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada ejen yang lain:
Cabaran Ejen Insurans dan Bagaimana Mereka Hadapinya:
1. “Saya takut sangat untuk menceritakan tentang insurans kepada ahli keluarga saya.”
Saya tak berani untuk ceritakan tentang insurans kepada ahli keluarga saya. Kerana saya tak mahu rosakkan mood semasa keluarga berkumpul dengan cakap-cakap insurans. Tapi ini membuatkan saya rasa sedih sebab saya tahu saya dapat bantu mereka rancang kewangan mereka dengan lebih baik, sebaliknya saya hanya berdiam diri.
Kemudian satu hari saya dapat pengajaran yang berharga. Salah seorang dari sepupu saya mengajak kami semua berjumpa minum kopi. Rupa-rupanya beliau juga telah berdaftar sebagai ejen dan beliau dengan terujanya ingin berkongsi beberapa pelan perlindungan bersama kami. Kebanyakan sepupu-sepupu yang lain menerima dengan positif, sementara saya duduk dan terfikir, “Sepatutnya itu saya.”
Di situ saya sedar bahawa saya tidak akan berjaya selagi saya takut dengan pendapat orang terhadap saya ketika melakukan pekerjaan saya. Insiden itu mengajar saya untuk menjadi bangga dengan tugas saya. Hari ini boleh saya katakana bahawa saya dengan gembira dan bangganya menawarkan pelan kewangan untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya. – May, 29.
2. “Tiada yang lebih menakutkan jika anda adalah ejen yang memiliki sales yang terendah di setiap perjumpaan.”
Saya bekerja dengan sebuah team di mana ejen-ejennya amat berjaya. Walaupun itu sepatutnya memberi motivasi kepada saya, sebaliknya ianya membuatkan saya rasa kurang semangat apabila saya kerap kali mendapat ranking terendah di leader board bagi team saya. Saya rasa ketika ejen yang lain sibuk close sales, saya pula jauh ketinggalan di belakang.
Jadi saya ambil keputusan untuk kaji semula segala yang saya lakukan. Memang saya gemar melakukan pekerjaan ini dan saya ingin teruskan sebagai ejen insurans. Kemudian saya sedar bahawa sikap negatif yang saya alami adalah disebabkan oleh rasa cemburu saya terhadap rakan saya. Saya sedar saya perlu hentikannya.
Maka saya mula berkenalan dengan rakan-rakan team saya. Rupa-rupanya mereka amat supportive dan sedia berkongsi tips bagaimana mereka tingkatkan sales mereka. Saya sangat syukur kerana saya mengambil keputusan untuk melakukan suatu perubahan. – Wong, 32.

3. “Apabila manager saya menyuruh saya buat direct approach terhadap pengunjung food court yang sedang makan tengahari. Saya terlalu gemuruh hingga hampir termuntah.”
Seperti orang lain, saya juga paling tidak gemar jika salesman cuba dekatkan diri semasa saya sedang menjamu selera. Jadi anda boleh bayangkan paniknya saya ketika manager saya membawa team keluar ke food court untuk membuat direct approach.
Saya hampir muntah kerana gemuruh. Tetapi kemudian saya bertanyakan diri saya, “Apakah senario yang paling teruk yang boleh berlaku?” Kalau saya memalukan diri saya di hadapan mereka sekalipun, saya tidak lagi perlu berjumpa lagi dengan mereka. Tetapi jika approach saya berkesan, saya boleh dapatkan sales lead baru.
Introspektif ini membuatkan saya berjaya melalui ketakutan dalam melakukan direct approach. Memanglah saya dapat banyak respon negatif, tetapi saya juga dapat close 12 sales melalui direct approach setelah 5 bulan bekerja sebagai ejen insurans! – Adam, 28.
4. “Prospek yang meletakkan telefon membuatkan saya terlalu malu untuk membuat panggilan cold calls.”
Sebelum menyertai bidang insurans saya bekerja sebagai engineer, dan segala prestij yang hadir bersama pekerjaan itu, datanglah juga ego. Saya terlalu angkuh untuk melakukan cold calls. Apakan daya, saya diarah lakunya bersama rakan-rakan team mate saya yang lain.
Memang kelemahan saya untuk membuat penerangan dengan baik melalui telefon. Ternyata jelas saya memang gugup dan percakapan saya tidak lancer. Saya amat malu sekali apabila prospek meletakkan telefon tanpa mendengar penerangan saya. Saya terus tidak lagi berani untuk teruskan cold call.
Tapi saya sedar bahawa saya perlu melepasi juga ketakutan ini dan saya akui bahawa saya perlukan tunjuk ajar dalam seni cold calling, jadi saya mula membaca tentang cara untuk memberi penampilan dan gambaran yang baik di telefon. Teruja sekali saya apabila sukses rate mula meningkat.
Walaupun saya masih gemuruh ketika membuat panggilan cold call, tapi saya cuma perlu ingatkan diri saya yang saya hanya perlu lakukan yang sebaik mungkin. – Fadzilah, 43.
Kongsikan artikel ini bersama rakan anda! Dan jangan lupa Like kami di Facebook juga.
Leave a Comment