Kesukaran dalam mendapatkan minat generasi millenial untuk membeli pelan takaful? Kesilapan paling biasa yang dibuat ejen semasa membuat sales pitch kepada golongan ini ialah mereka menggunakan teknik atau kaedah konvensional yang digunakan terhadap generasi sebelum mereka, iaitu generasi X.

Bagi golongan millenial ini, iaitu mereka yang dilahirkan di sekitar tahun 1982 sehingga 2002, mereka ini amat berbeza dengan generasi sebelumnya. Banyak kajian yang dilakukan ke atas golongan ini. Salah satu penemuan ialah mereka ini tidak lagi dipengaruhi oleh kaedah pengiklanan trandisional. Sebaliknya mereka lebih mempercayai pengiklanan dari mulut ke mulut, dan mereka lebih gemar mengikut jenama kegemaran mereka melalui media sosial.

Golongan millenial ini juga didapati tidak mudah mempercayai, terutama salesman dengan kata-kata manis mereka. Sebaliknya mereka lebih selesa membuat kajian sendiri melalui internet. Menggunakan ulasan atau review pelanggan sedia ada di internet sebagai panduan.

Apa yang dianggap bernilai bagi generasi sebelumnya tidak lagi dianggap begitu bagi golongan millenial ini. Jika generasi X menghargai jaminan pekerjaan yang kukuh, millenial pula didorongi oleh kepuasan yang dinikmati daripada sesuatu pekerjaan.

 

jual takaful

Apa yang mendorong generasi X tidak lagi diutamakan oleh generasi millenial. Fahami ciri-ciri mereka untuk merangka strategi dalam sales pitch anda.

 

Pemahaman tentang teknik pengiklanan yang berkesan dan juga apa yang mendorong generasi ini dapat memberi klu kepada kita dalam memahami mereka lebih mendalam. Jika anda merancang untuk mulakan sales pitch anda terhadap golongan ini, ambil perhatian kepada 5 nota penting berikut.

Bagaimana cara untuk jual takaful kepada golongan millenial Malaysia

1. Jujur dalam melakukan sales pitch

Sebelum mereka berjumpa dengan anda untuk appointment, besar kemungkinan mereka telahpun membuat kajian sedikit sebanyak tentang syarikat anda dan juga anda. Mereka mungkin telah pun membaca review atau ulasan tentang syarikat yang anda wakili, apa kata orang ramai, atau menjejaki anda di Facebook. Jadi jika anda ingin menambat hati mereka, anda perlu jujur. Tidak perlu menokok tambah kebaikan produk atau syarikat anda, kerana mereka mungkin telah pun tahu kebenarannya. So keep it real.

Generasi ini juga pendek tahap tumpuan mereka. Jadi perlu keep it simple. Tidak perlu panjangkan cerita kerana anda tidak mahu mereka mula hilang tumpuan mereka sebelum anda sampai ke point yang paling penting. Ringkaskan pitch anda, terutama sales talk yang selama ni berjaya menambat hati generasi sebelumnya. Terangkan produk anda dengan terang dan dengan cara yang kasual. Sentiasa beri ruang untuk sebarang pertanyaan.

 

2. Bina media sosial anda

Generasi millenial tertumpu di media sosial,  jadi anda juga perlu berada di sana. Anda tidak semestinya berada di semua platform media sosial, tidak terkejar nanti kerana banyak masa dan tenaga diperlukan untuk pastikan saluran media sosial anda aktif. Tumpukan kepada satu atau dua saluran. Facebook tetap menjadi pilihan yang utama bagi ejen kerana fungsinya dan kemudahan untuk share video dan artikel selain status anda secara meluas. Juga peluang untuk berhubung dengan rakan dan juga kenalan atau prospek baru.

Dengan membina kehadiran anda di talian (online), anda menambahkan peluang untuk diketemui oleh prospek yang terdiri dari golongan millenial . Jadi jika anda belum lakukan sedemikian, anda boleh mulakan dengan berdaftar di direktori ejen insurans dan Takaful pertama di Malaysia yang mempunyai sistem rating dan ulasan pelanggan yang boleh meningkatkan lagi kredibilii anda.

 

jual takaful

Direktori ejen iBanding menyediakan sistem rating dan ulasan yang boleh lonjokkan kredibiliti anda.

 

3. Pantas dan ringkas. Itu yang mereka mahukan

Golongan millenial dikelilingi oleh kemudahan teknologi masa kini. Mereka biasa mendapatkan segala maklumat dengan pantas. Jangan biarkan mereka tunggu 3 hari untuk dapatkan quotation daripada anda. Buat persediaan rapi sebelum berjumpa dengan mereka. Pastikan anda sudah pun standby dengan quotation, atau boleh keluarkan quotation semasa perjumpaan itu juga.
Tidak ramai yang gemar mengisi borang. Malah mungkin tiada siapa pun yang menggemarinya. Terutama sekali jika berkaitan dengan soalan-soalan medikal yang leceh. Mudahkan proses permohonan mereka dan isikan borang untuk mereka sambil terangkan soalan-soalan yang rumit.

 

4. Gunakan visual

Insurans dan Takaful bukan suatu topik yang mudah untuk difahami. Dan golongan ini pula tidak banyak kesabaran dan tahap tumpuan mereka untuk mendengar celoteh panjang lebar. Jadi gunakan visual seperti infografik dan video untuk bantu menjelaskan butiran yang penting. Jika anda ingin mencari video percuma, cuba saluran video iBanding yang memaparkan video-video ringkas berkenaan insurans.
jual takaful

Gunakan visual untuk mudahkan penjelasan.

 

5. Ikut jadual mereka

Dengan generasi X yang sebelumnya, anda mungkin sudah tetapkan waktu selepas kerja atau hujung minggu untuk berjumpa dengan mereka. Tetapi golongan millenial ini, ramai yang bekerja sendiri atau bekerja dari rumah. Waktu mereka lebih fleksibel berbanding generasi sebelumnya yang kebanyakannya bekerja “9 to 5”. Jadi jadual anda juga perlu diubah mengikut kesesuaian waktu mereka. Sama ada mereka ingin berjumpa di waktu pagi sebelum sesi gym mereka atau di waktu tengahari untuk secawan kopi, cuba untuk hadirkan diri mengikut jadual mereka.
Inginkan lebih banyak tip-tip sebegini? Like page kami di Facebook agar anda tidak terlepas artikel baru yang menarik. Share juga artikel ini bersama rakan ejen anda yang mungkin dapat manfaat darinya. Selamat berjaya Ejen!
Spread the love