Betul mahu berjaya sebagai ejen Takaful? Bukan mudah ya walaupun nampak macam senang. Apa yang kita sering nampak adalah kesudahan daripada apa yang tersembunyi. Iaitu penat lelah dan segala cabaran dan rintangan yang pernah dilalui seseorang yang telah pun berjaya.
Apakah faktor yang perlu ada untuk berjaya? Kami bertanyakan kepada beberapa ejen dan ini jawapan mereka:
Semuanya betul kerana bukan satu faktor sahaja yang menentukan kejayaan. Tapi kita selalu bincangkan tentang apa yang perlu dilakukan untuk berjaya. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang perlu kita tinggalkan demi kecapi kejayaan? Perkara-perkara yang sebenarnya beban yang melambatkan atau menghindari kita daripada kecapi kejayaan?

Seperti bagasi yang membebankan. Perkara-perkara ini melambatkan perjalanan kita menuju kejayaan.
4 perkara yang perlu anda tinggalkan untuk berjaya sebagai ejen:
1. Tinggalkan tabiat membanding diri sendiri dengan orang lain
Kejayaan orang lain wajar dijadikan motivasi bagi diri sendiri. Tetapi sering kali kita terperangkap dalam jerat yang dipasang sendiri secara tidak sedar. Iaitu kita membandingkan diri dengan orang lain.
Bahayanya perbandingan ini adalah kita selalu membandingkan yang terbaik dengan yang terburuk. Malangnya yang terburuk itu selalunya diri kita. Ini menjadikan perbandingan yang tidak rasional yang akhirnya menimbulkan ragu-ragu, hilang fokus dan buta akan kelebihan diri.
Jangan banding. Sebaliknya kenali kelemahan dan kelebihan diri dan mula dari situ. Bakat yang ada walaupun kecil kita asahkan. Kelemahan yang terdapat di dalam diri kita betulkan.
Water your own grass. Jika diterjemahkan ia berbunyi: Sirami laman sendiri. Jika kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain, masa terbuang dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Jadi jagai laman (diri) sendiri agar ianya dipenuhi dengan bunga yang mekar.
2. Abaikan suara negatif di dalam diri
Kita semua memilikinya. Suara di dalam diri yang sering meragui keputusan dan tindakan kita. Dari mana datangnya suara itu? Ia sebenarnya suara ego kita.
Menurut pakar psikologi Sigmund Freud (1894), ego adalah mekanisme pertahanan diri yang bertujuan untuk melindungi diri dari konflik, dari disakiti, kekecewaan dan sebagainya. Manakala Eckhart Tolle pula menambah, ego yang kuat malah akan mempertahankan identiti kita dari perubahan.
Segala perubahan yang kita ingin lakukan, seperti keputusan untuk mengambil sesuatu tindakan, suara ini akan mula menyoal keputusan kita. Ia sebenarnya adalah mekanisma pertahanan yang ingin melindungi kita dari kegagalan.
Malangnya suara ini selalunya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap diri kita dan sering kali kita termakan dengan kata-katanya. Mulalah kita meragui keputusan kita, mulalah kita tertanya: “Boleh ke aku lakukannya”. “Betul ke tindakan ni”.
Suara inilah puncanya self-limiting beliefs and thoughts iaitu pemikiran dan kepercayaan yang menghadkan potensi diri. Semakin kita fahami asal usul dan tujuan suara ini, semakin senang kita mengabaikannya.

Jangan layani suara negatif di dalam diri. Ia hanya akan menyebabkan kita ragui keputusan dan kebolehan diri.
3. Pedulikan kata-kata orang yang tidak membina
Bukanlah abaikan terus setiap kata-kata dan nasihat orang lain. Tapi perlu pandai menilai apa yang positif dan membina dari apa yang negatif. Banyak sebab mengapa kita perlu hati-hati dengan kata-kata dan nasihat orang lain.
Mereka yang negatif kebanyakannya tidak ingin melihat kejayaan orang lain. Kata-kata mereka yang mungkin kedengaran seperti kebimbangan mereka terhadap kita sebenarnya hanyalah samaran bagi racun yang ingin menjatuhkan semangat kita.
Mereka yang benar-benar berniat baik terhadap kita tidak semestinya memahami keadaan kita yang sebenarnya; manakala mereka yang ingin kita berjaya pula tidak semestinya memahami bidang ini secukupnya untuk memberi nasihat yang membina.
Kritikan, penilaian mahupun nasihat orang lain tidaklah penting sebagaimana yang kita fikirkan. Beri peluang kepada mereka berkata-kata tetapi tidak perlu diambil bulat-bulat.
Apa yang penting adalah keyakinan diri sendiri. Jadi tinggalkan keperluan untuk mengambil terlalu serius terhadap segala kata-kata yang ditujukan kepada kita sebaliknya bina keyakinan diri dan yakin akan naluri sendiri.
4. Tinggalkan rasa bertanggungjawab ke atas prospek yang tidak membantu diri sendiri
Sering kali kita berjumpa dengan prospek yang ingin kita bantu kerana sebagai ejen Takaful, kita tahu bertapa mereka memerlukannya.
Alasan yang mereka berikan ada kala tidak munasabah. Sebagai ejen kita menyesali keputusan mereka dan kadang kala menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya membantu mereka.
Ini sering berlaku pada ejen yang baru bermula. Rasa seperti tidak percaya bagaimana orang tidak nampak kepentingan dan keperluan perlindunagn insurans dan Takaful dalam hidup mereka. Rasa kecewa terhadap mereka dan juga diri sendiri. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada diri kita. Membuatkan kita rasa murung dan hilang fokus.
Tiada siapa yang boleh bertanggungjawab ke atas tindakan dan keputusan orang lain. Sebagaimana mereka bertanggungjawab atas kehidupan mereka dan masa depan mereka, kita bertanggungjawab ke atas kehidupan dan masa depan kita. Dengan meluangkan masa yang tidak lagi produktif ke atas mereka, kita sebenarnya tidak pula bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri dan masa kita.
Lepaskan mereka dan rasa ingin mencuba lagi agar dapat yakinkan mereka kali ini. Ini tidak bererti kita tidak ambil berat tentang orang lain. Kita sudah pun cuba yang terbaik, itu tanggungjawab kita di sini.
Anda setuju dengan senarai ini? Apakah lagi yang perlu ditinggalkan oleh ejen insurans dan Takaful untuk berjaya di bidang ini? Tentunya ramai yang ada senarai masing-msaing. Kongsikan bersama kami dan kami akan cuba terbitkan artikel bersama kisah anda. Jom emelkan perkongsian anda di PR@ibanding.com.
Sertai komuniti ejen kami di Facebook dan sharekan artikel ini bersama rakan ejen anda!
Nak baca pula tip untuk berjaya sebagai ejen?
6 Tip Untuk Berjaya Sebagai Ejen Takaful
Leave a Comment