Artikel ini adalah bahagian ke-2 bagi tajuk ini. Jika anda terlepas bahagian pertama, klik di sini.

Dalam bahagian pertama kita telah senaraikan 5 sebab mengapa ramai ejen gagal dalam industri insurans dan takaful ini. Kita selidik beberapa sebab lagi di sini. Sebelum itu, kita ingatkan kembali apa yang telah dibincangkan sebelum ini:

Mengapa ramai ejen yang gagal dalam industri insurans – bahagian 1:

1. Pemikiran/ Minda atau mindset

2. Focus yang kurang tepat

3. Tidak memahami pelanggan

4. Tidak mahu bekerja keras

5. Berpendapat bahawa ini adalah satu pekerjaan, bukan satu bisnes

 

Kita teruskan…

6. Matlamat yang tidak realistik

Selama beberapa tahun, anda telah menyaksikan kejayaan rakan dan bekas teman sepejabat anda yang telah menyertai industri insurans dan takaful ini. Mereka telah pun kaya-raya dan memiliki kehidupan yang sangat selesa. Jadi anda pun buat keputusan sertai mereka kerana hendakkan kemewahan dan kejayaan yang serupa. Tetapi anda tidak terfikir penat lelah yang mereka telah lalui. Anda hanya nampak kejayaan mereka saja. Setelah beberapa bulan di industri ini sebagai ejen, anda masih lagi tidak berjaya seperti mereka. Mengapa?

Mungkin kerana matlamat anda yang tidak realistik. Anda memasuki bidang ini dengan matlamat ingin cepat kaya, tetapi apabila realiti tidak sedemikian, anda cepat memutuskan bahawa bidang ini tidak sesuai dengan anda. Ini bukanlah skim cepat kaya. Rakan-rakan anda pun tidak terus berjaya sebaik saja mereka sertai bidang ini. Jadi fahamkan dulu apakah yang perlu disediakan, dilakukan, dan dilalui, sebelum matlamat anda untuk berjaya dapat menjadi kenyataan.

 

7. Tidak memiliki matlamat yang jelas

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kerjaya sebagai ejen insurans dan takaful perlu dilihat sebagai suatu bisnes dan bukan pekerjaan. Seperti mana-mana bisnes, perlunya ada perancangan yang mantap. Ini termasuklah matlamat yang jelas dan munasabah. Berapa banyak yang dapat anda kecapi adalah bergantung kepada sedalam mana usaha dan kegigihan anda dalam menjayakan bisnes ini. Dan untuk memiliki suatu matlamat yang jelas dan munasabah, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti keupayaan anda.

 

Success

Tiada kejayaan yang boleh dikecapi tanpa usaha yang gigih.

 

8. Tidak memiliki kemahiran dan latihan yang mencukupi

Segala latihan dan peperiksaan yang pernah anda duduki untuk mendapatkan lesen anda hanya memberi anda kebenaran untuk menjadi ejen dan perunding insurans dan takaful. Ianya tidak pun menjamin kejayaan. Untuk menjadi seorang ejen yang berjaya, anda perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan kecekapan diri, iaitu personal growth and development anda. Juga pengetahuan anda tentang produk anda juga perlu mantap – product knowledge.

Orang yang berjaya tidak pernah mengatakan bahawa mereka telah pun habis belajar. Teruskan menuntut ilmu terutama sekali dalam industri yang dinamik dan sentiasa berubah ini. Produk baru sentiasa dikeluarkan, pesaing pula sentiasa mempunyai cara baru untuk mendominasi pasaran. Jika anda tidak menguasai pengetahuan tentang produk anda, dan tidak ambil tahu tentang perkembangan dan berita industri, anda akan ketinggalan.

Teruskan juga menimba ilmu yang dapat meningkatkan kemahiran interpersonal anda (interpersonal skills). Seperti cara berkomunikasi, cara berinteraksi, kemahiran mendengar secara aktif. Jangan lupa juga skill seperti cara pemasaran yang efektif (sales and marketing skills). Tidak guna jika anda seorang yang cekap dalam people skills tetapi tidak pandai close sale!

 

9. Tidak belajar dari pengalaman dan kesilapan

Untuk belajar dari pengalaman dan kesilapan, anda perlu terlebih dahulu faham apa yang kurang dalam diri anda. Tanya diri sendiri, mengapa anda tidak mencapai matlamat anda. Tidak kiralah matlamat apa pun, sama ada tidak dapat mencari prospek, tidak dapat ‘klik’ dengan prospek atau pelanggan, ataupun tidak dapat close sale walaupun appointment berjalan lancar. Atau adakah anda mempunyai masalah menerangkan produk anda? Di mana letaknya kelemahan anda?

Sesudahnya appointment anda, renung kembali pengalaman anda. Cuba pastikan apa yang tidak kena, apa yang kurang. Jika masih tidak pasti, dapatkan bantuan seorang senior atau mentor untuk sertai appointment seterusnya. Minta senior anda perhatikan anda ketika bertemu prospek baru dan beri komen tentang pretasi anda apabila selesai appointment. Ini sangat membantu anda mengenal pasti kelemahan dan kekurangan pada diri.

 

Itu saja dari kami kali ini. Kami di iBanding harap sama-sama kita pelajari sesuatu dari artikel-artikel ini. Jika anda ada pengalaman yang menarik, share bersama kami. Mungkin kami boleh publish artikel pula melalui pengalaman anda supaya ramai ejen lain yang dapat manfaat darinya. Mesej saja kami di laman Facebook kami. Sekian.

Spread the love