Likeability factor? Apa tu?
Likeability factor adalah faktor atau ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu disukai atau disegani oleh orang ramai, sahabat, kenalan, dan sesiapa saja yang mendampinginya. Jadi untuk kemudahan kita akan gunakan saja istilah ‘the likeability factor’ atau ‘likeability’.
Jadi mengapakah the likeability factor penting bagi kita dalam kerjaya kita sebagai seorang ejen insurans? Di sini ada beberapa sebab:
1. Jika anda disukai ramai, lebih mudah dapat referral
Jika anda seorang ejen yang memang disukai oleh rakan, keluarga dan pelanggan anda, ramailah di antara mereka yang akan syorkan anda kepada kenalan mereka jika ada yang memerlukan khidmat seorang ejen takaful. Malah bukan sekadar mengesyorkan anda, mereka mungkin memuji-muji anda pada kenalan mereka. Seronok kan?
2. Jika anda disukai, lebih mudah untuk mendapatkan appointment
Sebagai manusia kita suka mendampingi orang-orang yang kita gemari. Mereka yang mempunyai likeability factor ni pandai membuatkan kita rasa senang dan selesa bersama mereka. Jadi, apabila pelanggan menerima panggilan dari anda untuk menjadualkan appointment, jika anda sangat digemari oleh pelanggan anda, lebih mudah bagi pelanggan untuk bersetuju.
Sebabnya mereka memang seronok bersama anda. Malah, ianya lebih senang bagi mereka yang mempunyai likeability factor untuk mendapatkan appointment dengan prospek baru kerana besar kemungkinan mereka telah pun mempunyai reputasi sebagai seorang yang sangat disukai. Ini adalah sebab memang tabiat manusia yang lebih senang untuk memenuhi permintaan orang yang kita sukai.
3. Jika mereka tidak menyukai anda, mereka tidak akan membeli dari anda
“All things being equal, people will do business with a friend; all things being unequal, people will still do business with a friend.” – Mark McCormack
Ayat di atas mengatakan bahawa jika semua faktor atau keadaan adalah sama, manusia akan memilih untuk berurusan dengan seorang sahabat. Jika faktor atau keadaan tidak serupa, manusia masih akan memilih untuk berurusan dengan seorang sahabat.
Jika seorang prospek tidak menyukai seseorang ejen, boleh dikatakan segala usaha yang beliau lakukan untuk menyakinkan prospek itu adalah sia-sia belaka. Kerana itulah ianya amat penting untuk memikat hati prospek dengan segala, iaitu first impression. Dalam industri yang penuh dengan saingan ini, sebagai ejen kita memang tidak boleh leka dan ambil risiko yang boleh menjejaskan reputasi diri sendiri.
4. Membina kepercayaan pelanggan
Likeability boleh membina kepercayaan pelanggan terhadap anda, dan kepercayaan pelanggan anda pula akan membawa pertalian yang berpanjangan. Ianya lebih mudah bagi pelanggan untuk mempercayai seseorang ejen yang disenangi daripada seseorang yang membuatkannya kurang selesa.
Kepercayaan pula suatu faktor yang amat penting dalam menjalinkan perhubungan yang berpanjangan. Dalam industri takaful ini, kebanyakan hubungan ejen dan pelanggan adalah hubungan jangka panjang. Jadi amat pentinglah bagi ejen untuk memastikan jalinan itu dijaga dengan rapi.
5. Lebih mudah untuk mendapatkan informasi penting
Jika pelanggan anda menyukai anda, lebih mudah baginya untuk mempercayai anda. Dan jika anda sudahpun dipercayai pelanggan anda, jadi lebih senang lah bagi anda untuk mendapatkan informasi yang biasanya tidak akan pelanggan itu kongsikan dengan yang lain.
Di sini anda akan dapat kelebihan berbanding ejen yang lain. Kerana informasi ini akan dapat membantu anda dalam lebih mengenali pelanggan anda, masalah sebenar yang dia hadapi dan apa yang dia kehendaki. Ini pula akan membantu anda dalam memberi khidmat nasihat dan value yang mungkin tidak dapat diberi oleh ejen lain yang tidak memperolehi informasi ini.
6. Pandangan anda diberi lebih perhatian dan keutamaan
Mereka yang memiliki the likeability factor lazimnya dipercayai dan disegani yang lain. Dan apabila mereka dihormati dan disegani, pandangan dan nasihat mereka pula lazimnya diberi lebih perhatian dan keutamaan. Jadi, jika anda mempunyai the likeability factor, anda akan dapati mereka di sekeliling anda adalah lebih terbuka dan bersedia dalam menerima pendapat anda. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Jadi, sebagai ejen, ini memudahkan kerja anda di mana anda diamanahkan untuk memberi penyelesaian kepada masalah dan value kepada pelanggan anda.
Likeability factor sahaja tidak menentukan kejayaan sebagai seorang ejen takaful. Walaubagaimanapun, ianya adalah salah satu faktor utama mengapa pelanggan memilih dan membeli dari anda. Seperti yang telah dihuraikan di atas, banyak juga kelebihan-kelebihan yang dapat diperolehi dari the likeability factor ni, bukan saja dari segi memudahkan kerja kita, tetapi juga dari segi memberi peluang kepada lebih banyak sales.
Dalam artikel akan datang, kita akan bincangkan pula ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu disenangi dan disukai ramai. Jadi, jangan lupa “like” page kami di Facebook untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.
Tahukah anda, iBanding menyediakan direktori online bagi ejen takaful dan insurans di Malaysia? Klik di sini untuk penerangan lanjut.
Leave a Comment