Di dalam era yang serba serbi moden ini, hampir segala yang diperlukan kini boleh didapati melalui internet. Pakaian, buku, makanan, segalanya ada di internet. Malah tidak perlu lagi miliki komputer atau pergi ke cybercafé. Semua ini boleh didapati di alam tapak tangan sahaja melalui smartphone.

Kalau 20 tahun dahulu, aktiviti pembankan terpaksa dilakukan di bank, beratur berjam-jam untuk giliran, kini banyak transaksi yang boleh dilakukan melalui aplikasi mobile. Untuk pembaharui roadtax dan insurans kereta setiap tahun pun sama juga. Tak perlu lagi beratur di pejabat pos atau MyEG. Keluarkan saja smartphone, app kan ada.

Tapi betulkah segalanya dipermudahkan melalui internet dan aplikasi mobile? Mungkin. Tetapi ada beberapa perkara yang tetap berlainan. Kalau memilih baju di internet, tidak dapat pula kita merasa kelembutan kain pada badan sendiri. Sesetengah pembelian pula sebaiknya disertai perkhidmatan peribadi. Ini tidak mungkin dapat diambil alih oleh aplikasi mobile dan internet.

Bagi pembelian insurans juga begitu. Rata-rata syarikat telah pun mula menyediakan perkhidmatan portal internet dan aplikasi mobile untuk memudahkan pembelian. Tidak dinafikan, memang senang dan mudah diakses. Tetapi masih ramai pengguna yang memilih untuk membeli melalui ejen. Jadi kita lihatkan kelebihan-kelebihan yang disediakan oleh ejen-ejen ini dan mengapa membeli melalui mereka mungkin pilihan yang lebih bijak.

 

Mengapa membeli melalui ejen takaful adalah pilihan yang bijak

1. Anda mempunyai pilihan

Terdapat lebih 100 ribu ejen di seluruh negara yang mewakili takaful am dan keluarga. Setiap ejen pula pada amnya mewakili satu atau dua syarikat insurans atau pengendali takaful. Dan setiap syarikat pula mempunyai lebih daripada satu jenis produk.

Jadi anda mempunyai pilihan. Ejen boleh memberi beberapa produk yang sesuai dengan keperluan anda. Jika tiada juga yang sesuai, anda masih mempunyai pilihan untuk mendapat ejen lain. Pokoknya, pastikan segalanya mengikut citarasa dan keperluan anda. Daripada ejen itu sendiri sehinggalah ke produk takaful yang ingin dapatkan.

 

2. Mereka memahami keperluan anda

Ejen yang bertanggungjawab tidak sekadar menjual polisi kemudian menghilangkan diri. Mereka akan pastikan bahawa mereka sediakan perkhidmatan yang terbaik. Untuk lakukan ini dengan berjaya, mereka terlebih dahulu perlu memahami situasi kita untuk mengenal pasti keperluan kita. Ini adalah amat penting kerana hanya dengan ini dapat mereka mengesyorkan produk yang terbaik untuk kita.

Kita tidak ada kemahiran dalam bidang ini, pilihan yang dibuat tanpa nasihat pakar mungkin menyebabkan kita membeli produk yang tidak bersesuaian. Ada kalanya ketika situasi telah berubah, kita tidak menyedari bahawa pelan sedia ada sudah tidak memadai. Dengan adanya ejen, mereka dapat memperingatkan kita untuk mempertimbangkan pelan tambahan. Contohnya sekiranya kita bertukar status dari bujang ke berumahtangga.

 

3. Mereka berada di pihak anda

Ejen mewakili anda. Merekalah yang akan bekerja keras untuk anda sekiranya anda kemalangan, atau sakit dimasukkan ke hospital. Mereka lah yang akan bertungkus lumus dapatkan segala maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Dan yang paling penting, merekalah yang akan membela nasib anda sekiranya tuntutan ditolak oleh syarikat insurans atau takaful.

Sekiranya tiada ejen yang mewakili, dan tiada pula pengetahuan serta pengalaman dalam isu tuntutan, mahu menggelabah juga dibuatnya. Di mana perlu kita mula untuk membuat tuntutan pun tidak kita ketahui. Di sinilah peranan ejen amat-amat diperlukan dan tiada nilainya.

 

4. Ada tempat untuk bertanya dan dapatkan nasihat

Mungkin bagi mereka yang mempunyai kemahiran tentang insurans dan takaful tidak perlu bergantung kepada sesiapa untuk dapatkan maklumat mengenainya. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang biasa. Kerana walaupun pada dasarnya, konsep dan terma adalah seakan serupa, tetapi ini adalah satu bidang yang dinamik. Produk baru sentiasa diperkenalkan. Prosedur pula mungkin berlainan mengikut syarikat. Tiada siapa yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dan komprehensif melainkan mereka yang terlibat terus di dalam bidang ini.

Ejen takaful yang sedia berkhidmat dapat membantu menyelesaikan kemusykilan dan menjawab persoalan kita mengenai pelan takaful, sama ada yang telah didapati atau yang ingin kita miliki. Selain daripada itu, mereka juga boleh bantu membuat review ke atas pelan sedia ada untuk mengenal pasti sama ada ianya memadai mengikut situasi yang mungkin telah berubah semenjak mendapatkannya suatu ketika dahulu.

 

5. Menjimatkan masa

Untuk memilih produk yang paling sesuai, banyak masa yang diperlukan untuk membuat kajian dalam membanding produk-produk berlainan yang ditawarkan di pasaran. Jika mempunyai sebarang pertanyaan pula, terpaksa menelefon sendiri ke Customer Service syarikat insurans.

Dengan adanya ejen takaful yang berkhidmat untuk anda, selain persoalan dapat ditujukan kepada mereka terus, anda juga dapat menjimat banyak masa anda daripada membuat bandingan yang sia-sia. Ejen akan merumuskan kelebihan dan cirti-ciri setiap produk dan terangkan dengan jelas.

 

 

Walaupun banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat diperolehi daripada ejen-ejen takaful yang bertanggungjawab dan sedia berkhidmat, ianya tidaklah semestinya untuk anda. Bagi kebanyakan orang, human touch atau sentuhan peribadi itu tidak dapat diganti. Bagi yang lain, mereka lebih gemar melakukan segalanya sendiri. Jika tidak tahu, mereka sedia belajar. Jadi terpulang kepada citarasa dan kebolehan masing-masing.

Jika anda masih tidak miliki ejen takaful, anda boleh dapatkan yang berhampiran di direktori ejen dengan lebih 2000 ejen tersenarai di seluruh negara di sini. Bagi ejen yang membaca artikel ini pula, jangan lupa daftarkan diri di dalam direktori ini, dan jangan lupa juga untuk follow kami di laman Facebook kami khas untuk anda!

 

Spread the love