Alahai leader sekali lagi remind jangan lupa buat cold call. Cold call oh cold call… Tak ada ke cara yang lebih mudah nak lakukan cold call ni? Asyik-asyik kena reject dengan prospek. Semangat yang pada mulanya berkobar-kobar pun tiba-tiba dah hilang.
Ramai kan ejen yang rasa macam ni? Terutama ejen yang baru mula. Tak kira lah bidang apa pun. Kebanyakan mereka yang mula cuba kaedah cold calling tidak nampak hasilnya. Malah ramai yang mengatakan teknik cold calling ni dah lapuk, dah boleh dikebumikan.
Betul ke “cold calling is dead”?
Jika dilihat pada kajian yang dilakukan oleh Kenan-Flagler Business School , hanya 2.5% daripada jumlah cold call yang berjaya menghasilkan appointment atau follow up. Berbaloi ke nak buat cold call macam ni?
Itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Ejen yang cekap mungkin dapat hasil yang lebih baik dari kajian ini. Walau bagaimanapun, cold call adalah satu cara yang berkesan di mana ejen yang baru bermula dapat melatih diri untuk petah bercakap serta membina keyakinan diri.
Mungkin sebab ini lah leader sering remind ejen untuk lakukan cold call. Bukan harap sangat pun untuk close sale daripadanya. Jadi since kita perlu lakukannya juga, elok lah kita lakukan dengan cara yang terbaik, kan?
5 perkara mudah yang boleh dilakukan dalam membuat cold call
1. Senyum sebelum dial
Yang ni mesti ramai dah praktikkan. Kenapa perlu senyum? Kerana suara kita ketika tersenyum berbeza dengan suara ketika tidak tersenyum. Dan orang di sebalik telefon boleh membezakannya. Kajian juga membuktikan bahawa senyuman, sama ada ikhlas atau yang dibuat-buat, memberi beberapa kelebihan dalam cold calling.
Antaranya, University of Kansas mendapati senyuman ketika cold call mengurangkan stress dan merendahkan kadar degupan jantung seterusnya mengurangkan gugup dan gementar.
Senyuman juga memberi kesan kepada cara percakapan kita sehinggakan orang di sebalik talian dapat mengenalpasti jenis senyuman di wajah kita. Ini dapat memberi suatu perasaan ‘feel good’ pada si pendengar dan ini dapat membuatkan mereka lebih bersifat terbuka.
2. Duduk atau berdiri dengan tegak
Postur tubuh juga membantu dalam panggilan cold call walaupun prospek di sebalik talian tidak dapat melihat anda. Bagaimana ia membantu? Postur tubuh sebenarnya memberi kesan kepada keyakinan diri dengan cara:
- tingkatkan testosterone level yang dapat membantu keyakinan
- rendahkan cortisol yang dapat mengurangkan stress
Jadi sebelum membuat panggilan cold call, cuba berdiri tegak seperti superman dahulu selama satu hingga dua minit. Jikalau berada di dalam ofis, anda mungkin segan pula nak berdiri seperti superman. Jadi duduk tegak di kerusi, bahu ke belakang, dada ke hadapan, dagu dongak ke atas sedikit. Apabila sudah mula rasa “feel good” dan yakin, baru mula dial nombor prospek. Cuba ya!
3. Duduk atau berdiri di hadapan cermin
Mengapa perlu menghadap cermin? Supaya anda boleh sentiasa perhatikan wajah dan postur tubuh anda! Dengan cara ini, anda sentiasa waspada akan raut dan ekspresi wajah serta postur anda dan mudah anda pastikan untuk lakukan beberapa teknik yang disebut di atas.
Jika kita tidak sedar dengan wajah dan postur kita, dengan mudah kita akan mula membongkok semula atau mula terlalu serius ketika berbual dengan prospek. Dan ini akan efek keyakinan dan nada percakapan kita yang akan memberi kesan kepada mutu cold call kita.
Jadi, pastikan anda sediakan cermin sebelum mulakan cold cold anda!
4. Bercakap seperti bercakap bersama kawan
Kita semua memiliki sahabat yang sering membuat kita berada dalam good mood jika kita berbual dengan mereka. Satu lagi teknik yang dapat membantu kita dalam cold call ialah di mana kita boleh berpura-pura kita berbual dengan sahabat tersebut ketika membuat cold call kepada pospek.
Ini dapat membantu dengan 3 cara:
- Ia membuat kita seronok ingin membuat panggilan tersebut
- Ini membuatkan kita lebih relaks sebab kita bayangkan kita bercakap dengan sahabat yang kita gemari
- Ia mengurangkan stress dan tekanan kerana tujuan kita menelefon adalah untuk mengeratkan persahabatan atau untuk “connect” dan menyampaikan maklumat, bukan untuk menjual sesuatu
- Bagi prospek pula, mereka juga dapat merasakan kurangnya tegangan dalam panggilan cold call tersebut dengan nada kasual anda dan ini membantu mereka relaks dan bersifat lebih terbuka
5. Becakap satu dua patah sahaja
Ramai salesman yang membuat cold call melakukan kesalahan bercakap panjang berjela. Mereka fikir dengan memberi segala maklumat dan menunjukkan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang atau perkara dapat menarik perhatian atau impress prospek. Silap tu. Prospek hanya akan berasa meluat dengan salesman yang ingin “show off”.
Jadi semasa bercakap dengan prospek sebolehnya biarlah dua patah sahaja kemudian biar prospek bercakap atau menjawab. Tidak perlu bebankan prospek dengan maklumat kerana mengikut kajian, otak manusia hanya dapat menampung maklumat sebanyak 20-30 saat pada sesuatu masa.
Itu dia, lima teknik yang dapat membantu dalam membuat cold call. Ingat ya, matlamatnya mungkin bukan untuk menghasilkan appointment atau close sale. Tapi fokus pada membina keyakinan dan skill bercakap. Rejection yang kita dapat jika diterima dengan cara betul, juga dapat membantu mengasah lagi skill kita. Selamat mencuba dan selamat berjaya ejen!
Apa tadi? Rejection? Macam mana pula ejen yang sudah berjaya menangani sales rejection ya? Ini 4 caranya.
Jangan lupa Like kami di lama Facebook kami untuk dapatkan artikel sebegini setiap minggu ok? Dan jangan lupa share artikel ini bersama rakan ejen anda yang lain!
Leave a Comment