Ejen Takaful mana yang tidak pernah lalui waktu-waktu di mana sale tidak menentu. Ada kala ianya berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan. Sukar sekali untuk mencapai sasaran atau sales target. Dan mulalah diri rasa kecewa dan tidak bermotivasi. Tapi hakikatnya, pada waktu-waktu sebeginilah ianya menjadi amat penting sekali untuk terus berjuang dan mengorak langkah ke hadapan. Jika tidak, kekecewaan ini mungkin akan menyebabkan ejen putus asa dan give up kerjaya ini sekaligus, seperti yang sering kita perhatikan.
Memang senang untuk berkata-kata, tapi di kala saat-saat sebegitu, amat payah sekali untuk menaikkan semangat sendiri agar tidak terus dilayani fikiran-firikan negatif.
Di sini beberapa tip yang mudah di mana ejen boleh praktikkan di kala sale tidak menentu:
1. Rehat seketika
Tidak mudah bagi sesiapa untuk menerima hakikat bahawa segala usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Tetapi dalam bidang sales ini, itulah lumrahnya, ada masa up dan ada masa down. Jadi jika sudah menghadapi roadblock atau sekatan, berundur dan ambil masa untuk berehat seketika. Sekatan ini sementara sahaja. Ambil masa rehat ini untuk kalibret semula arah tuju dan strategi anda. Betul atau perbaharui apa yang perlu dan kembali semula dengan semangat yang baru dan sedia berjuang!
2. Adakah sesuatu perubahan diperlukan?
Selidik cara anda untuk ketahui jika sesuatu yang anda lakukan menyebabkan penyusutan sales. Adakah anda kurang lakukan appointment dengan prospek? Atau adakah produk yang anda syorkan kepada prospek tidak mengena dengan keperluan mereka? Luangkan masa untuk lakukan analisa setiap satu tindakan anda. Kesan di mana letaknya penyebab-penyebab penurunan sales dan tangani mereka secepat mungkin.
3. Jangan lepaskan peluang hadiri latihan ejensi
Untuk kekalkan semangat dalam usaha bagi terus tingkatkan sales anda, anda perlu mengelilingi diri dengan individu-individu yang positif. Jadi jangan lepaskan peluang hadiri latihan dan mensyuarat ejensi dan bertemu dengan rakan-rakan ejen lain. Ambil peluang ini untuk recharge semula bateri dan semangat anda. Dapatkan juga nasihat dan pandangan mereka bagi membantu anda dalam situasi anda. Ramai antara mereka yang berpengalaman sudah pun pernah lalui situasi yang sama.
4. Cuba sesuatu yang baru
Jika anda selama ini melakukan perkara yang sama dan mula menyaksikan penurunan dalam angka sales anda, mungkin sudah tiba masa untuk cuba sesuatu yang baru. Mungkin ada kaedah yang tidak lagi efektif maka perlulah sentiasa kreatif dan memperbaharui kaedah yang digunakan. Kerana dengan perubahan masa yang membawa kepada berubahnya trend dan tingkah laku pengguna, ejen juga perlu berubah.
5. Hadiri seminar motivasi
Satu lagi peluang yang tidak patut dilepaskan ialah untuk hadiri seminar atau ceramah berunsur motivasi. Seronok dapat berjumpa individu-individu yang sama-sama ingin memajukan diri kerana semangat dan aura positif yang dirasakan dan dikongsikan bersama.
Ini tidak bermakna and perlu habiskan beratus atau beribu ringgit untuk pendaftaran bagi seminar-seminar ini. Di zaman ini dengan kemudahan internet, banyak ceramah yang boleh didapati dengan percuma melalui webinar dan juga di YouTube.
6. Raikan kejayaan
Lupakan sales target seketika kerana ianya mungkin akan melemahkan lagi semangat anda. Sebaliknya cuba ingat kembali segala usaha yang telah anda lakukan dan pencapaian yang telah dikecapi. Adakalanya kita lupa bahawa kecemerlangan yang berpanjangan tanpa putus-putus bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah atau rasional. Jadi jangan lupa untuk raikan kejayaan yang telah anda kecapi sebelumnya.
7. Bincang bersama mentor
Jika anda masih baru di bidang ini, jangan segan untuk berkongsikan cabaran yang anda hadapi bersama mentor atau rakan ejen yang lebih berpengalaman. Adakan pertemuan dengan leader anda di mana sama-sama anda berdua boleh kaji situasi anda. Pengalaman yang dimiliki mereka yang sudah lama di bidang ini boleh membantu mengenalpasti punca masalah dan cadangkan penyelesaian bagi anda.
8. Renung kembali sebab anda memilih bidang ini
Samada anda baru 5 bulan di bidang ini, atau sudah pun 5 tahun, semesti anda memiliki sebab tersendiri mengapa anda memilih kerjaya ini. Renung dan ingat kembali sebab ini. Mungkin anda memilih kerjaya ini kerana anda inginkan waktu kerja yang lebih fleksibel agar anda boleh luangkan lebih masa bersama anak-anak anda. Atau anda memilihnya kerana anda ingin membantu keluarga anda dari segi kewangan. Fokus pada apa yang penting dan pasang kembali niat anda untuk mencapai apa juga matlamat anda. Dengan semangat dan azam yang sudah diperbaharui, langkah ke hadapan dan berikan yang terbaik yang anda mampu.
Sudah baca? Jom share artikel ini dengan rakan ejen yang memerlukan sedikit pick-me-up ya! Jangan lupa Like kami di Facebook juga!
Leave a Comment